Industri pelancongan antara yang terjejas teruk sejak wabak Covid-19 menyerang dunia.
Bagi Kalis atau Kaliswari Muniandi, kerjaya sebagai pemandu pelancong sejak tiga tahun lalu terpaksa dilupakan seketika. Sementara menanti dunia pulih sepenuhnya daripada pandemik, Kalis mengambil keputusan untuk mencuba sesuatu yang baharu.
“Sejak awal tahun lalu, saya kembali bergelar suri rumah memandangkan aktiviti pelancongan mula suram. Oleh kerana saya dah terbiasa bekerja dan ada duit sendiri jadi saya nak buat sesuatu supaya tak bosan di rumah.
“Suami pula bekerja di Singapura dan tak dapat pulang ke Malaysia buat masa ini. Jadi saya mulakan pencarian untuk bergelar dropship atau ejen untuk mana-mana produk. Antara banyak produk yang saya jumpa di Facebook, hati saya tertarik dengan jenama Chocodap’s,” katanya memulakan cerita.
Kongsi ibu kepada seorang anak ini, dia tidak pernah mempunyai pengalaman berniaga makanan sebelum ini.
“Saya perlu belajar hal asas mengenai bisnes coklat memandangkan tak pernah ada pengalaman. Mujur mentor dan juga pihak HQ guide saya sehingga boleh bergerak sendiri. Lama kelamaan, saya jadi seronok dan enjoy berniaga coklat. Sekurang-kurangnya dapat saya mengubat hati memandangkan tak dapat travel ke sana sini,” katanya.
Anak kelahiran Rantau, Negeri Sembilan ini juga tidak menyangka selepas sembilan bulan menyertai keluarga Chocodap’s, dia berhasil memiliki pendapatan mencecah empat angka setiap bulan.
“Antara kelebihan berniaga Chocodap’s adalah fast cash. Duit sentiasa ada dalam tangan. Customer juga akan repeat order. Seronok berniaga apabila kita dapat kenal dengan ramai kawan baru.
“Sementara menunggu Covid-19 berakhir, saya mahu fokus sepenuhnya terhadapa bisnes Chocodap’s. Duit yang saya dapat hasil berniaga akan saya simpan untuk bekalan kecemasan. Dalam waktu begini, kita tak dapat meneka apa akan jadi di masa akan datang. Jadi penting untuk ada wang simpanan yang boleh digunakan pada waktu kecemasan,” kata Kalis yang berusia 48 tahun ini.
Kalis kini berada di peringkat General berazam untuk naik ke peringkat King pada tahun ini. Pencapaian terbaik Kalis yang pernah direkodkan adalah RM 33,000 untuk jualan berkumpulan.
LILA AMBIKAI A/P LETCHMANAN
06/25/2021 at 12:06 AMProud of you sister Kalis..