“Kalau dulu, sebulan sekali je dapat merasa makan coklat sedap. Maklumlah, coklat sedap banyak yang harganya mahal, jadi saya beli kadang-kadang saja,” kata Cikgu Nursiah Sanusi @ Cikgu Nur yang berkongsi kisah sebelum bergelar ejen Chocodap’s.
Merupakan guru Sains & Bahasa Inggeris, Cikgu Nur memberitahu sejak menyertai Chocodap’s, dia berpeluang menikmati coklat pada bila-bila masa malah dapat menjana duit sampingan.
“Sambil makan, sambil buat duit. Memang best bila dah sertai Chocodap’s, saya juga dapat kenal macam-macam ragam pelanggan yang saya jumpa. Saya anggap itu semua pengalaman yang mematangkan dan proses untuk lebih maju dalam berniaga.
“Masih ingat lagi waktu pertama kali saya nak perkenalkan coklat ini kepada kawan-kawan di sekolah, rasa segan. Saya risau dengan penerimaan kot-kot mereka tak minat. Betul lah orang kata, “Belum cuba belum tahu”. Dalam bisnes, kita harus cuba dan rajin bertanya, pasti ada pelanggan yang akan membeli asalkan kita berusaha,” kata Cikgu Nur yang menyertai Chocodap’s pada 15 Mei 2020.
Kongsi Cikgu Nur, dia mula mengenali jenama Chocodap’s sejak tahun 2018 lagi melalui rakan Facebook, Cikgu Fadli Salleh.
“Kalau ikutkan saya dah lama simpan hasrat nak bisnes coklat cuma hasrat itu asyik tertunda. Cikgu Fadli ada buat review di Facebooknya dan dari situ saya mula tertarik dengan Chocodap’s. Tambahan pula saya dan anak-anak memang suka makan coklat.
“Alhamdulillah selepas dua tahun, niat saya tercapai untuk bergelar usahawan coklat atas talian. Syukur sangat,” katanya.
Meskipun sibuk sebagai guru di sekolah, Cikgu Nur memasang impian yang tinggi untuk berjaya bersama Chocodap’s seterusnya memiliki beberapa BIG WHY.
“Saya mahu menjadi pembayar zakat terbesar di Pahang dan Malaysia, itu impian saya. Kalau saya senang, saya tak mahu senang seorang diri kerana saya mahu membahagiakan keluarga dan sahabat-sahabat wanita di luar sana juga untuk memiliki kehidupan selesa.
“Selain itu, saya mahu memperbaiki taraf hidup keluarga dan kalau boleh nak hidup bebas dari segala hutang,” akhirinya yang memohon doa daripada seluruh pembaca yang sedang membaca artikel ini.