“Bukan sebab duit semata,”- Pakar mata, Dr Azlina kongsi sebab sertai Chocodap’s

Bekerjaya sebagai seorang doktor pakar bukan halangan untuk beliau berniaga. Pemilik nama Dr Azlina Mokhtar ini merupakan pakar mata di sebuah Klinik Pakar Kesihatan yang terletak di Nilai.

Ketika menebual wanita berusia 43 tahun ini tetap ceria meskipun mempunyai jadual kerja yang sangat padat.

“Saya baru je sampai klinik. Mesti awak pelik kan bila pula masa saya berniaga coklat,” katanya dalam nada ceria.

Menceritakan pembabitan Dr Azlina bersama Chocodap’s, ibu kepada empat orang anak ini memberitahu pada awalnya dia berniat untuk mendaftarkan anak sulungnya sebagai ejen.

“Anak pertama saya berusia 21 tahun dan baru sahaja tamat tempoh Internship di salah sebuah syarikat pada akhir tahun lalu. Sebenarnya, waktu itu saya nak buka laluan untuk dia berniaga.

“Tak sangka, lama-lama saya pula yang jatuh hati dengan bisnes Chocodap’s,” katanya sambil ketawa.

Anak kelahiran Selama, Perak ini merupakan ‘anak didik’ di bawah King, Cikgu Sakinah Harun sekaligus merangkap individu yang membawanya ke dunia Chocodap’s.

“Sakinah, rakan saya ketika di sekolah menengah. Bulan 11 tahun lalu dia ada hubungi saya melalui WhatsApp. Sambil bertanya khabar, dia juga memperkenalkan jenama coklat, Chocodap’s kepada saya.

“Saya ada membeli beberapa paket untuk keluarga dan kawan-kawan. Ternyata bila dah cuba sendiri, memang sedap betul. Pada mulanya saya terfikir nak daftarkan anak tapi nampaknya anak saya dah ada plan untuk bina bisnes sendiri selepas tamat belajar.

“Jadi saya sendiri yang mulakan langkah untuk berniaga Chocodap’s,” katanya optimis.

Setelah hampir tujuh bulan ‘terjebak’ dalam dunia Chocodap’s, Dr Azlina akui semakin selesa bersama jenama ini.

Akuinya, niat untuk menyertai Chocodap’s bukan kerana wang semata tetapi dia ingin membantu orang sekeliling.

“Kalau nak cakap saya join Chocodap’s sebab duit, itu kurang tepat. Alhamdulillah saya mempunyai income tetap yang boleh dikatakan selesa.

“Cuma saya nak bantu orang-orang di sekeliling saya. Contohnya suami saya yang merupakan seorang kontraktor. Sejak pandemik bermula, banyak projek tergendala dan terpaksa ditunda sehingga ke satu tarikh yang tak tahu sampai bila.

“Jadi saya ajak suami bangunkan bisnes Chocodap’s. Alhamdulillah dia pun OK dan makin seronok berniaga coklat. Bukan dia sahaja malah ramai lagi yang dah berjaya dengan Chocodap’s. Bukan untuk kepentingan sendiri tetapi boleh bantu orang-orang sekeliling,” akhiri Dr Azlina.

Untuk rekod, Dr Azlina pernah mencapai jualan berkumpulan sebanyak RM39,000.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment