“Bukan kisah dongeng, coklat boleh jadi emas”- Sha-Lina ukir nama team atas cincin sebagai pembakar semangat J2V

“Alhamdulillah, penantian telah berakhir. Saya dan Lina dah terima hadiah emas dari Chocodap’s HQ. Tak terkata kegembiraan dalam hati kami,” ucap Sha-Lina, team leader dari J2V Chocodap’s.

Dua sahabat yang mengemudi kumpulan J2V kini mampu tersenyum bangga selepas menerima sebentuk cincin yang mempunyai ukiran tulisan J2V di atasnya.

“Cincin emas dengan ukiran tulisan nama team J2V ini bakal menjadi kekuatan untuk kami bekerja lebih keras dan berkongsi kebaikan menjadi ejen usahawan Chocodap’s.

“Lama saya tunggu cincin ini, sekitar Ogos dulu. Kira ada sentimental value pada cincin ini iaitu pembakar semangat untuk kami kuat berjuang,” kongsi Sha.

Tambah Sha, Chocodap’s membuktikan coklat juga mampu bertukar menjadi emas tetapi perlu diselangi usaha.

“Ini bukan kisah dongeng ya, coklat boleh jadi emas. Maksud saya bukan lah coklat tu magik tiba-tiba jadi emas. Jika anda kerja kuat, sebarnkan manfaat Chocodap’s, Insha Allah hasil emas pasti menjadi milik anda.

“Tahun ini kali ketiga kami terima emas percuma. Harganya pun kalau saya tak berniaga, saya mungkin tak dapat merasa. Jumlah keseluruhan adalah RM 10,336.15. Memang banyak dan kami rasa dihargai di sini. Alhamdulillah,” ucapnya syukur.

Kisah dua sahabat ini pernah mencuri perhatian apabila mereka yang terpaksa berhenti kerja selepas syarikat Oil & Gas yang menjadi lubuk rezeki mereka selama lapan tahun terpaksa ditutup.

Meskipun pada awalnya sedih dengan keputusan diterima, Sha & Lina percaya pasti ada rezeki lebih baik menanti di hadapan.

Ternyata pertemuan mereka dengan Chocodap’s membuka lembaran baharu dalam karier mereka berdua.

Siapa sangka bekas kakitangan Oil & Gas mampu menghasilkan pendapatan mencecah hingga lima angka hanya dengan berniaga coklat. Kalau Sha-Lina mampu lakukannya, pasti anda juga boleh!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment