15 tahun berniaga, ini pertama kali Lela jual coklat!

Tempoh 15 tahun berniaga banyak memberi pengalaman kepada Aspalela Muhammad atau mesra dengan panggilan Lela.

Pengalaman belasan tahun berniaga, Lela akui semakin matang memahami asam garam dunia bisnes.

“Macam-macam saya dah cuba. Dari jual periuk, baju, tudung, kek lapis Sarawak, susu…kiranya macam-macam dah rasa.

“Cuma kali ni saya nak rasa kelainan sikit jadi saya jual coklat. Alhamdulillah sambutan baik lebih-lebih lagi bila buka booth, memang puas hati,” katanya.

Kongsi Lela, pada awalnya dia merupakan pembeli Chocodap’s namun mula tertarik menyertai kerana coklat lokal ini dijual dengan harga yang berpatutan.

“Asalnya beli dengan kawan (ejen Husnina). Lama kelamaan tersuka terus. Bila jadi ahli dapat harga murah, lama-lama saya mula berniaga.

“Insha Allah kalau ada rezeki saya nak konsisten dengan Chocodap’s. Doakan Lela ok,” katanya.

Lela juga aktif membuka booth di sekitar tempat tinggal iaitu di Dungun, Terengganu.

Pencapaian terbaik Lela adalah RM 2612 pada Januari 2023.

“Untuk permulaan Alhamdulillah, dapat saya beli /tambah apa yang patut di rumah,” akhirinya.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment