Ini dinamakan rezeki terpijak! Ejen Chocodap’s dari Petaling Jaya, Nor Azura Hussin menyifatkan kemenangan motorsikal di malam gala Grand Rewards Chocodap’s sebagai rezeki anak sulungnya.
Kongsi Azura, hadiah motor itu akan diberikan kepada anak sulung, Aqilah Nuraini binti Azhari.
“Hari jadi anak sulung yang ke 16 tahun jatuh pada 24 September ini. Saya harap dia suka dengan hadiah tahun ini.
“Bukan hanya untuk kegunaan dia sahaja malah motor ini akan diguna suami untuk COD coklat nanti. Alhamdulillah rezeki anak-anak, syukur,” katanya ketika dihubungi.
Tambah Azura, dia akui terkedu selepas namanya diumum sebagai pemenang motorsikal.
“Terdiam kejap saya bila Ticer Sarah sebut nama saya. Punya banyak nama dalam balang, nama saya naik. Allahuakbar, memang rezeki betul malam itu. Ini juga berkat doa suami dan anak-anak.
“Sampai sekarang saya masih terima ucapan tahniah dari keluarga termasuk ejen yang lain. Saya hargai sangat ucapan dan doa anda. Terima kasih banyak ya,” ucap Azura yang kini berada di Terengganu bersama keluarga sempena cuti sekolah.
Norazura diumumkan sebagai pemenang motorsikal Honda Vario 150 di malam Chocodap’s Grand Rewards, Sabtu lalu.