Susah nak buat sales musim Lockdown? Baca perkongsian ini!

Dalam dunia ni, tiada yang mustahil untuk direalisasikan. Asalkan diselangi dengan usaha dan juga doa!

Sebelum ini kita pernah membaca kisah mengenai salah seorang ejen Chocodap’s yang disahkan buta sebelah mata sejak dua tahun lalu.

Encik Airudin Saranor yang kini berada di tangga Commando membuat kejutan apabila berjaya mencapai jualan peribadi sebanyak RM 18,580 untuk Jun 2021.

Ketika dihubungi, bapa dua anak ini berkali-kali mengucapkan syukur ke hadrat Illahi yang mendengar doanya untuk ‘meroket’ bulan ini.

“Saya mungkin kurang dari segi kesihatan tapi Allah SWT kurniakan semangat dan mental yang kuat dalam diri saya. Alhamdulillah.

“Syukur dalam masa 15 hari, saya dapat capai angka yang membanggakan. Insha Allah saya mahu terus ‘meroket’ pada Julai ini. Doakan ya,” katanya.

Dalam masa sama, Airudin turut berkongsi tips bergelar peniaga atas talian.

“Saya percaya persaingan pada masa ini amat tinggi. Memandangkan kita tak boleh keluar ke mana-mana (hanya untuk urusan penting) sahaja, jadi semua urusan jual beli dilakukan atas talian.

“Sebagai usahawan coklat atas talian, saya mempraktikkan komunikasi yang baik dengan pelanggan. Lagi satu saya biasa buat power closing iaitu close dulu baru jual.

“Apa yang lebih penting adalah kita harus ada ilmu mengenai produk yang kita nak jual dan faham dengan kehendak pelanggan. Jangan hanya menjual tapi tak tahu apa-apa mengenai produk berkenaan,” pesannya ringkas.

Terdahulu, Encik Airudin merupakan Penghulu selama 22 tahun. Tetapi atas faktor kesihatan, dia terpaksa bersara lebih awal dan kini mengusahakan sebuah kafe makanan dan juga aktif sebagai ejen Chocodap’s di Perak.

Comments

  • Piduih WaLeH
    07/03/2021 at 8:15 AM

    الحمد لله

    Tahniah Tuan..
    Semoga lebih maju hendaknya..

Add a comment