Chocodap’s terima anugerah The BrandLaureate Best Brand’s E-Branding!

Chocodap’s terima anugerah The BrandLaureate Best Brand’s E-Branding!

Alhamdulillah… sebuah lagi kejayaan milik Chocodap’s apabila jenama ini diiktiraf di anugerah BrandLaureate World Halal Best Brand’s E-Branding 2020.

Bagai mimpi dalam mimpi, selepas lima tahun berada dalam industri coklat tempatan, akhirnya kehadiran Chocodap’s mendapat perhatian Anugerah BrandLaureate – E-Branding.

“Jutaan Syukur Alhamdulillah berkat izin Allah swt kami berpeluang untuk menerima anugerah hari ni setelah genap 5 tahun kami di pasaran.

“Apa yang paling membanggakan kami adalah BrandLaureate telah diterima di seluruh dunia, dan kami tadi diberi layanan high class dari Dr Kkjohan World President BrandLaureate dan mentor kami Datuk Wira Dr Azizan Osman juga antara yang pernah menerima awards dari BrandLaureate,” kata pengasas jenama Chocodap’s, Ticer Sarah.

Dalam masa sama, Ticer Sarah turut menzahirkan penghargaan kepada kedua ibu-bapanya yang sentiasa menjadi kekuatan selama ini.

“Tidak lupa kepada usahawan-usahawan Chocodap’s yang sentiasa menyokong, tulang belakang company staff-staff HQ yang bermula dari kami di rumah dan semua pelanggan yang pernah membeli produk kami.

“Doakan jenama Chocodap’s semakin dikenali dan paling penting dapat membantu usahawan Chocodap’s untuk terus capai impian terbang tinggi bersama kami,” akhirinya.

#BrandLaureateAwards
#Chocodaps
#LahirkanJutawanChocodaps
#30000usahawanchocodapsseluruhmalaysia

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment