Suami tak setuju jual coklat, Kak Cah nekad mula walaupun…

“Kalau saya tahu nikmat berniaga coklat macam ni, saya mula lebih awal,” itu kata Puan Aisyah Said yang menyertai Chocodap’s sejak September 2018.

Wanita kelahiran Gombak ini juga tidak menjangka penglibatannya dalam dunia perniagaan coklat membuahkan hasil lumayan.

“Saya merupakan seorang penjawat awam. Meskipun ada pendapatan tetap, saya tak mahu jadi individu yang tidak produktif dan hanya menunggu gaji setiap hujung bulan.

“Segalanya bermula selepas saya ternampak sebuah hantaran di Facebook milik sepupu. Dalam hati, menarik produk makanan ni.

“Saya masih ingat jenis coklat yang buat saya jatuh hati adalah Meteor Chocolite kerana bentuknya yang unik dan warnanya menarik,” katanya.

Wanita yang mesra disapa sebagai Kak Cah ini juga memberitahu pada awalnya, suami tidak memberi sokongan untuk dia memulakan bisnes coklat.

“Bukan apa, sebelum ini dia pernah lihat saya berniaga macam-macam produk antaranya jamu, tudung dan kosmetik. Semuanya terhenti di tengah jalan.

“Suami risau saya hangat-hangat tahi ayam je. Tetapi saya nekad untuk mulakan bisnes. Bermodalkan duit sendiri, saya mulakan.

“Saya mahu buktikan impian kali ini bukan cakap-cakap kosong. Alhamdulillah, selepas tiga tahun akhirnya Allah jawab doa saya. Bisnes coklat bersama dengan Chocodap’s menampakkan hasil,” katanya penuh syukur.

Tambah Kak Cah, berkat doa keluarga dan orang sekeliling, perniagaan coklat di bawah bimbingan pengasas Chocodap’s ternyata membuahkan hasil sehingga mencecah jualan enam angka.

Akui Kak Cah, biarpun tidak dilahirkan dalam keluarga ‘berdarah bisnes’, namun semangat untuk kekal dengan perniagaan coklat sehingga ke puncak tetap kuat .

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment