“Tak kisah makan apa, asal kenyang,” Wan Ainaa kongsi pengalaman pahit sebelum bergelar JUTAWAN coklat!

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai…

Itu perumpamaan tepat bagi Wan Ainaa Nabihah Wan Mohamad yang sanggup mengambil risiko sebelum bergelar jutawan coklat.

Berkongsi detik sukar sebelum ini, siapa sangka Ainaa dan suami pernah melalui fasa ‘gawat’ apabila hanya mengisi perut dengan nasi dan telur.

“Zaman itu, kami tak kisah makanan itu sedap atau tidak, asalkan kenyang. Kami mempunyai empat orang anak yang masih kecil dan menyewa rumah flat.

“Makan pakai untuk anak-anak memang cukup cuma dalam hati terdetik nak sediakan kehidupan lebih selesa untuk anak-anak serta masa depan mereka,”katanya.

Tidak lama selepas itu, kehidupan Ainaa diuji apabila rumah sewanya terbakar pada tahun 2019.

“Masih ingat waktu itu dah nak raya. Habis persiapan raya kami sekeluarga dijilat api. Memang sedih sangat waktu itu.

“Tetapi Allah SWT itu Maha baik. Atas izinnya, saya dapat kumpul semula kekuatan dan buat semula persiapan dengan bantuan hasil berniaga. Nak tahu macam mana saya bangkit? Sudah tentu Chocodap’s yang bantu saya untuk sampai ke tahap sekarang,” ucapnya syukur.

Ujar Ainaa, dia menyertai sebagai ejen Chocodap’s pada bulan Mac 2018 dan mula aktif dengan berniaga di kawasan perumahan.

“Dalam keadaan kandungan bayi dah sarat, saya dan suami terjah banyak rumah waktu itu. Pendek kata, dari pintu ke pintu, flat ke flat kami buat marketing.

“Memang mahal pengalaman yang kami dapat. Hari-hari ada saja order yang masuk dan kami sangat sibuk. Anak-anak memang kami bawa ketika buat COD. Alhamdulillah anak-anak tak pernah merungut malah seronok sebab banyak masa dihabiskan di dalam kereta. Budak-budak kalau bab berjalan, memang tak nak turun kereta,” ujarnya tertawa.

Itu kisah Ainaa dan suami di tahun pertama menyertai Chocodap’s. Masuk tahun kedua, mereka mula mendapat ‘rentak’ dan melihat lebih jelas hala tuju dalam perniagaan coklat.

“Tahun 2019 menyaksikan kami lebih sibuk apabila ratusan ejen berada di bawah pengurusan kami iaitu, BFC Legacy.

“Bisnes kami semakin berkembang dan Alhamdulillah kami juga dapat berpindah ke rumah baharu.

“Rezeki kami sekeluarga lebih luas selepas melahirkan anak kelima. Team saya berkembang bukan sahaja di Terengganu, malah saya juga mempunyai team di Johor (suami pernah berkhidmat di sana sebelum berpindah ke Terengganu),” katanya.

Melihat perkembangan bisnes yang semakin stabil, suami Ainaa mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pada akhir 2020 untuk fokus sepenuhnya dengan bisnes Chocodap’s.

“Tahun 2020 sangat AMAZING buat kami. Selepas melalui tahun-tahun yang sukar, akhirnya Allah SWT hadiahkan kami pelangi.

“Siapa sangka dengan menjual coklat, hasil jualan mencecah RM5.2 juta pada tahun 2020 sekaligus menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun sebelum itu, RM 949,000.

“Jumlah ejen di bawah kami juga meningkat dari 600 orang menjadi 1500 orang buat masa ini,” ucapnya syukur.

Sementara itu, Ainaa memberitahu dia dan suami dalam proses membina rumah banglo setingkat di atas tanah lot yang dibeli hasil berniaga Chocodap’s.

“Urusan pembelian tanah sudah selesai dan kami merancang untuk membina banglo di situ sebagai aset hari tua nanti.

“Sekarang dalam proses menabung. Doakan agar proses pembinaan rumah berjalan lancar,” akhirinya.

Selain tanah, Ainaa juga berjaya membeli dua buah kereta yang dibeli tunai. Hebat bukan? Anda juga boleh jadi sehebat Ainaa dengan mendaftar sebagai ejen atau dropship Chocodap’s hari ini!

Untuk rekod, wajah Ainaa juga menghiasi papan iklan Chocodap’s yang kini berdiri gah di lebuhraya sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment