Sesiapa sahaja boleh berniaga pada zaman sekarang. Jika anda anda telefon pintar, komputer riba, hari ini juga anda boleh mulakannya! Tetapi sebelum mulakan bisnes dalam talian, anda perlu belajar beberapa perkara agar bisnes berjalan baik.
Jangan letak nama syarikat yang susah nak sebut dan orang nak ingat. Tak salah untuk jadi unik tetapi biarlah nama jenama itu bersesuaian dengan produk dijual
2. Bermula secara kecil-kecilan
Mulakan dengan modal kecil kerana tidak semua perniagaan itu perlu menelan belanja sehingga jutaan ringgit. Sekadar sebagai hobi dan minat untuk memenuhi masa dan boleh dijadikan sebagai pendapatan sambilan sudah memadai.
3. Rangka Business Plan dengan baik
Bagi memastikan sesebuah perniagaan itu berjaya, anda juga perlu mempunyai strategi yang baik. Bukan sahaja perniagaan, setiap pekerjaan yang dilakukan juga memerlukan perancangan yang sempurna. Jika tidak, segalanya akan jadi huru hara!
4. Perbaiki servis ke atas pelanggan
‘Customer always right’. Jenama naik bila ada pelanggan dan tak mustahil jenama juga mampu menjunam ke bawah juga kerana pelanggan. Ambil kira pandangan pelanggan. Jika tidak, pelanggan akan lari dan anda yang akan mengalami kerugian kerana gagal memenuhi kehendak mereka. Sekurang-kurangnya kehendak pelanggan memberikan anda sesuatu yang baru untuk dicuba dalam dunia perniagaan itu.
5. Jangan hilang fokus
Setiap perniagaan yang baru ingin berkembang bukan sahaja perlukan modal kewangan sahaja tetapi ia juga perlukan modal tenaga, idea, kreativiti, masa dan sebagainya. Oleh itu, anda haruslah mengelak daripada menjalankan beberapa perniagaan serentak di dalam satu masa.
Fokus kepada perniagaan anda sekarang dan sentiasa katakan kepada diri sendiri bahawa perniagaan yang anda sedang usahakan sekarang adalah yang terbaik.
6. Pemasaran penentu kejayaan
Pemasaran perlu diberi perhatian serius oleh pemilik bisnes kerana ia akan menentukan kejayaan perniagaan anda dalam jangka masa pendek. Zaman sekarang, terlalu banyak produk di pasaran dan anda perlu tahu cara tepat untuk mengukuhkan jenama. Walaupun anda memiliki produk yang paling bagus tetapi jika anda gagal untuk menjualnya, maka anda tetap orang yang gagal. Oleh itu, anda perlu sentiasa belajar ilmu dan teknik pemasaran yang terkini agar dapat diadaptasi dalam menggerakkan perniagaan anda.
7. Gali ilmu
Hendak menjalankan perniagaan baik secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran wajib mempunyai ilmu dalam bidang perniagaan. Justeru, para usahawan perlu rajin membuat kajian tentang teknik ataupun cara yang betul dan teruskan belajar melalui pembacaan, menonton video tutorial melakukan internet.
8. Bertahan
Perniagaan Internet tidak semudah yang disangka. Hanya mereka yang betul-betul fokus dan berusaha keras akan berjaya. Setiap kali apa cara yang kita usahakan dan menuju jalan kegagalan, hendaklah selalu tabah dan bangkit dari kegagalan perbaiki apa yang salah sehingga berjaya.Praktikkan setiap tip yang diperolehi daripada mentor. Belajar untuk bertindak sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain sepenuhnya. Kelak, sifat ‘survive‘ inilah yang bakal membantu anda dikemudian hari.
.9. Tiada jalan singkat
Apa yang penting dalam melakukan perniagaan online adalah kesabaran. Tiada jalan mudah untuk bertahan lama dan berjaya dalam perniagaan internet jika kita mempunyai sikap mahu cepat kaya. Buang sifat negatif itu serta mula belajar sedikit demi sedikit ilmu perniagaan Internet. “Practice makes perfect!”
Kredit: https://ainasyasya.com/ainasyasya-com/langkah-langkah-untuk-berjaya-dalam-perniagaan/