Sabar hadapi kerenah anak di rumah, tak salah marah tapi…

Tatkala pandemik sedang menyerang seluruh dunia, majoriti penduduk dunia disarankan bekerja dari rumah. Dalam masa sama, anak-anak juga berpeluang beraktiviti di depan mata. Tetapi adakala ‘gangguan’ dan gurauan kenakalan anak kecil yang kadangkala menguji kesabaran. Jangan terus naik tangan atau mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya ya walau marah macam mana sekalipun.

Menurut kajian psikologi, perasaan marah cuma boleh bertahan selama 4 minit 30 saat sahaja. Jangan selepas itu, tindakan yang anda lakukan akan jadi sesalan selamanya pula.

Doktor Perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan memberi beberapa tips berguna bagaimana cara mengawal tindakan & fikiran untuk ibu-bapa ketika berdepan dengan situasi ‘tegang’.

Sesekali boleh marah anak tapi kena pastikan 5 perkara ini:

1. Pastikan yang kita marah tu sekadar untuk mendidik dan nasihat. Cepat-cepat jauhkan diri dari anak sekejap bila kita rasa tak boleh kawal emosi kemarahan tu sebab biasanya kita akan menyesal masa dah sejuk nanti.

2. Jangan kerap sangat marah anak. Kita tak nak otak anak terbiasa dengan kemarahan kita hingga dia jadi tak kisah dan dia buat tak dengar apa kita kata. Nak marah anak dengan berkesan, kena marah jarang-jarang.

3. Marah macam mana sekalipun, jangan sampai kita jerkah dan tengking si kecil tu. Anak yang kerap diperlakukan begitu, mindanya akan mula rasa terancam. Akhirnya anak berubah jadi seorang yang perengus dan pemarah.

4. Sebelum nak marah, kita kena sedar yang anak ada perasaan macam kita juga. Anak boleh faham samada kita marah untuk mendidik, atau sebab nak lepaskan tekanan. Perasaan anak akan tercedera dan mula berdendam jika kita tersalah niat dalam mendidiknya.

5. Sebab tu bila kita tersasar marah anak dengan emosi melampau, penting sangat untuk kita cepat-cepat minta maaf, peluk si comel kita tu, dan beritahu dia yang kita sangat sayangkan dia dan kita marah sebab nak betulkan dia.

Tak salah pun kita jatuhkan sikit ego dan amarah kita. Si kecil kita akan mula faham yang mak ayahnya marah bukan kerana benci namun marah sekadar untuk mendidik. Semoga bermanfaat perkongsian ini!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment