Baru saja bergelar graduan dalam jurusan Sains Biologi, gadis berusia 23 tahun ini nekad untuk pulang ke kampung halaman di Kuala Lipis, Pahang.
Pada awalnya, pemilik nama Nur Mirrah ‘Afina Zalid atau Fina merancang untuk mencari kerja di Kuala Lumpur tetapi niatnya terpaksa dilupakan seketika atas faktor kesihatan.
“Selesai pengajian, saya menjalani tempoh Internship di salah sebuah syarikat di Bangi. Pada mulanya saya ada terfikir untuk duduk di KL dan mencari kerja tetap di sana. Namun perancangan Allah lebih baik. Akhirnya saya pulang ke tempat saya dibesarkan. Lebih dekat dengan ibu-bapa dan paling penting saya dapat berniaga di Kuala Lipis. KL juga lah kan (Kuala Lipis),” katanya dalam nada riang.
Jelas Fina, penglibatannya sebagai ejen di Chocodap’s bermula sejak 2019 yang mana dia diperkenalkan oleh Julia Juhari yang merupakan salah seorang ejen aktif di Chocodap’s.
“Saya mengenali kak Julia sejak di Universiti Terengganu lagi. Dia bekerja di sana dulu.
“Jadi saya selalu ternampak status WhatsApp Kak Jue mengenai Chocodap’s. Saya mula text Kak Jue nak beli Chocodap’s untuk dihadiahkan kepada kawan. Dari situ, Kak Jue bercerita mengenai kelebihan menjadi ejen atau dropship Chocodap’s. Mula-mula risau juga takut takda orang beli. Tapi bila dah join dan mula jual, memang syok sebab permintaan sentiasa ada,” katanya yang merupakan penggemar coklat sejak kecil.
Tambah Fina, dia juga antara ejen terawal yang bertapak di Kuala Lipis, Pahang.
“Saya bermula sebagai dropship. Bila order dah banyak masuk, saya ‘naik pangkat’ ke ejen pula. Pengalaman manis yang saya tak boleh lupa apabila saya berhasil menjual sehingga berjaya mencecah RM 4500 pada tiga bulan pertama bergelar ejen Captain. Seronok betul time tu!.
“Alhamdulillah, selepas dua tahun bersama Chocodap’s saya semakin selesa dengan jenama coklat keluaran Bumiputera ini. Saya juga selesa tinggal di Kuala Lipis dan menjalankan bisnes kecil-kecilan di sini.
“Buat masa ini saya mahu fokus dengan Chocodap’s dahulu,” ujarnya.
Sementara itu, Fina memberitahu dia juga berpeluang untuk meletakkan produk Chocodap’s di Desa Mall, Kuala Lipis.
Hebat Fina, semoga adik terus sukses!
Fina
07/14/2021 at 5:35 PMThank You Chocodap’s utk artikel ni🥰
Semoga Chocodap’s terus sukses dan berjaya sehingga ke persada dunia!
Julia
07/14/2021 at 5:59 PMTahniah fina‼️let’s fly higher together‼️
FATIN FATEHAH
07/14/2021 at 7:40 PMWoww bestnyaa …akak doakan saya join chocodaps ni utk dpt belikan emas mak saya bln 10 nanti 💛