Poket asyik ‘bocor’, apa nak buat ni?

Simpan duit masa tengah sihat. Bila gaji asyik tak cukup, ini mungkin masa untuk anda periksa cara pengurusan kewangan. Jangan salahkan barang yang dibeli mahal sangat sampai habis duit dibuatnya.

Jom check beberapa tips untuk langkah penjimatan duit lebih-lebih lagi di musim pandemik ini, jaga-jaga poket jangan sampai bocor lagi ya!

Amalkan Peraturan 30 Hari

Jika ingin membeli sesuatu, masukkannya ke dalam list anda, tetapi jangan membeli dahulu. Biarkan duduk di dalam list atau cart anda selama 30 hari. Jika anda masih mempunyai keinginan untuk membeli barulah anda klik ‘purchase’. Kemungkinan besar jika pembelian itu hanyalah keinginan semata-mata, kebiasaannya selepas 30 hari keinginan itu pun akan hilang dan anda boleh ‘menyelamatkan’ duit anda.

Sediakan Senarai Pembelian

Bukan sekadar menyenaraikan barangan pembelian anda tetapi juga memastikan anda tidak membeli apa-apa selain dari yang tersenarai. Anda harus bersikap tegas dengan diri sendiri. Elakkan pembelian impulsif!

Berhenti Merokok

Yeap! Ini adalah antara penyelesaian yang paling mudah. Sekotak rokok pun dah lebih kurang berharga dalam RM17…bayangkan kalau sebelum ini anda membeli sekotak rokok setiap hari..dalam masa sebulan anda boleh simpan RM510 kalau anda berhenti merokok. Dan andai kata anda hanya membeli sekotak rokok setiap 2 kali seminggu, anda masih boleh menyimpan RM130-RM150 sebulan jika anda berhenti merokok.

Beli Barangan Yang Berkualiti

Sama seperti andaian pertama ketika melihat #11, barangan berkualiti pasti akan bertahan lebih lama dan tidak perlu diservis dengan kerap…maka bolehlah anda berjimat!

Potong Kad Kredit

Jika anda mempunyai tabiat untuk ‘swipe’ kredit kad anda di merata tempat, baik anda potongkan (berhenti menggunakan) kad kredit anda itu. Sekurang-kurangnya, anda hanya akan membuat pembelian yang anda mampu sahaja tanpa perlu risau akan terhutang dekat bank pada hujung bulan.

Mula Berniaga

Apa kata ubah tabiat asyik membeli ke rajin menjual. Mula berniaga dengan modal kecil-kecilan, bila ada untung sedikit masukkan dalam tabung khas/ kecemasan. Untuk jangka masa panjang, tak rugi tau!

Kredit: https://bukanaku.com/komuniti/9998/40-cara-simpan-duit-terbaik-yang-anda-harus-cuba-hari-ini/#.YAFUj-gzaM8

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment