Lapan tahun bersama, Selamat Hari…

Coklat merupakan lambang kasih sayang. Bila meraikan ulang tahun, hari jadi malah ketika memujuk pasangan, coklat pasti menjadi pilihan.

Percaya atau tidak, coklat memiliki pengaruh dalam psikologi dan emosi seseorang. Coklat biasanya digunakan ketika dalam banyak acara termasuklah meminta maaf, menunjukkan rasa bahagia, cinta yang tulus mendalam, persahabatan dan meningkatkan semangat.

Contohnya, lihat pada hari Valentine. Bukan sahaja bunga malah coklat turut sama meraikan hari bahagia itu. Sama juga ketika hari jadi, coklat pasti membuatkan setiap tetamu yang hadir tersenyum menerimanya.

Kisah cinta bak coklat

Sepahit dark chocolate namun terselit kemanisan seperti almond milk, begitulah kisah cinta pengasas Chocodap’s, Tuan Farhan Zainuddin & Ticer Sarah.

Bahtera perkahwinan yang dibina sejak lapan tahun lalu berjaya dilalui dengan tenang.

‘Syukur Alhamdulillah Ya Allah atas pemberian dah perjalanan perkahwinan ini.

‘Doakan ikatan yang dibina terus kekal hingga ke syurga firdaus hendaknya,’ ucap Tn Farhan di laman Facebook miliknya.

Kami doakan agar mahligai yang dibina terus utuh dan dikurniakan rezeki untuk terus meraikan setiap 18 Januari pada tahun mendatang. Selamat ulang tahun perkahwinan, Tuan Farhan & Ticer Sarah 💛

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment