‘Kenapa eh lelaki bila ada masalah nampak cool? Tak menangis, tak emo?’

Ini kerana lelaki kurang mendedahkan masalah kemurungan yang mereka hadapi apatah lagi tampil untuk mendapatkan bantuan.

Namun, kes bunuh diri akibat kemurungan dalam kalangan lelaki di seluruh dunia dilaporkan empat kali ganda lebih tinggi berbanding wanita.

Kebiasaannya lelaki menunjukkan tanda-tanda kemurungan berbeza dengan wanita seperti mudah marah, sikap lebih kasar dan agresif dalam perhubungan berbanding wanita yang kerap menangis dan sedih.

Tidak ramai lelaki tampil mendapatkan bantuan atau berkongsi masalah kemurungan yang dialami kerana malu, ego dan tidak mahu dianggap lemah.

Lelaki perlu ubah pandangan ini. Dapatkan bantuan kerana kesihatan mental adalah milik semua, tidak kira anda lelaki atau wanita.

T – Tell someone you trust about your problems (kongsi masalah dengan orang yang dipercayai
A – Ask for help (minta bantuan)
L – Listen without judgement (mendengar tanpa menghukum atau menghakimi)
K – Know where to seek help (tahu di mana untuk mendapatkan bantuan)

Di waktu sukar apabila dunia sedang berdepan dengan wabak Covid-19, kaum lelaki sebagai ketua keluarga yang hilang pekerjaan akan terganggu emosinya.

Berkongsilah jika dilanda kesedihan, JANGAN berseorangan. Kesihatan mental milik kita semua!

*Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki Sedunia pada November setiap tahun atau MOVEMBER

LetsTalkMindaSihat

November

MentalHealthAwareness

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment