Hari Natal lebih meriah dengan Chocodap’s

Ho-Ho-Ho Merry Christmas bagi yang meraikannya!

Hari di mana keluarga yang meraikan saling bertukar hadiah dan berpesta riang. Waktu inilah mereka akan keluar untuk makan bersama-sama. Kalau pada zaman dahulu di Eropah, angsa menjadi hidangan utama di atas meja makan pada malam sambutan, kini hidangan itu diganti dengan ayam belanda yang diperkenalkan oleh masyarakat Amerika Syarikat (AS). Di sini kami senaraikan beberapa makanan yang wajib menjadi hidangan utama sempena sambutan yang diraikan.

Sekiranya anda menerima jemputan kawan-kawan yang menyambut Krismas mungkin ini memberi panduan jadi tidaklah kekok sangat.

1) Ayam belanda panggang

Ayam belanda panggang adalah sajian utama dan wajib dihidangkan pada perayaan krismas. Di United Kingdom (UK), 87% masyarakat berpandangan, sambutan Krismas tidak bermakana sekiranya hidangan ayam belanda tidak dihidangkan.

Tradisi menyediakan makanan dalam kuantiti yang besar semasa sambutan malam Krismas mula diamalkan pada kurun ke-16 lagi. Ayam belanda diperkenalkan di Britain pada tahun 1526 sebelum itu masyarakat di sana hanya menikmati makanan seperti angsa, babi hutan dan burung merak. Raja pertama yang menikmati hidangan ayam belanda ialah Putera Edward VIII pada tahun 1950.

By: Nature Via

2) Puding plum

Puding plum Krismas ini wujud pada awal kurun ke-15, resepi asli dihasilkan daripada daging lembu, bawang merah dan sayur-sayuran serta buah-buahan kering. Pada kurun ke-16, kismis dan buah prun dimasukkan ke dalamnya bagi menambahkan kesedapannya.

3) Biskut Krismas

Membuat kek dan biskut adalah aktiviti biasa sebelum Krismas. Tukang masak zaman dahulu menyediakan biskut manis untuk menandakan ada keramaian. Biskut Krismas biasanya yang mengandungi pelbagai jenis bahan seperti halia, almond, buah-buahan kering, kayu manis dan sebagainya.

4) Kek buah

Kek buah adalah hidangan istimewa masyarakat British. Pada kurun ke -13 buah-buahan kering dibawa ke Britain dari Portugal dan timur Mediterranean dan dihidangkan pada setiap perayaan sejak kurun ke-18.

5) Pai Shepherd

Dihasilkan dengan bahan asas kentang lenyek dan berintikan daging atau kambing, pai tersebut antara makanan tradisi yang perlu wajib ada di meja utama.

6) Coklat

Pasti ramai terutama kanak-kanak ternanti untuk mengunyah coklat di musim perayaan natal ini. Malah ramai yang memilih untuk membawa coklat ketika berkunjung ke rumah kenalan. Maklum saja, manisan dan perayaan tak dapat dipisahkan, ye tak?

Sekotak atau sepaket Chocodap’s mampu mengukir senyuman tuan rumah, why not korang bawa satu esok? Ayuh tambah keceriaan perayaan Natal dengan Chocodap’s!

Kredit: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/12/20/5-hidangan-wajib-krismas-kalau-ada-peluang-cubalah/

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment