Dulu tak cukup ilmu bisnes…semua berubah bila kenal Chocodap’s!

Pernah beberapa kali cuba menjadi ejen untuk produk jualan dalam talian namun semuanya terhenti separuh jalan. Disebabkan beberapa faktor antaranya tidak mendapat ilmu bisnes secukupnya dari leader untuk anak-anak team yang sepatutnya diberi tunjuk ajar dalam bisnes online.

Namun begitu, Mohd Shazwan Shamsudin @ Wan tidak berputus asa mencari hala tuju dalam dunia bisnes online yang diminati sejak dulu lagi.

“Sebelum dengan Chocodap’s, saya pernah cuba jual macam-macam produk. Memandangkan ini kira side income sebab saya masih bekerja tetap jadi saya perlukan tunjuk ajar dari orang lebih berpengalaman.

“Alhamdulillah lepas kenal Chocodap’s, it’s a smooth sailing. Perjalanan dalam dunia bisnes coklat memang seronok kerana saya dibantu oleh leader yang tak kedekut ilmu. Mereka train saya sampai saya boleh bergerak sendiri,” kata Shazwan yang bekerja sebagai perunding jualan di Fitness Concept Specialist Chain.

Usahawan berusia 40 tahun ini juga teruja dengan sokongan daripada rakan-rakan yang banyak membantu membeli coklat.

“Walaupun buat secara part time, makin lama makin jatuh cinta dengan bisnes online coklat. Tak perlu ada kedai, buat dari rumah pun income tetap masuk.

“Bertambah syok bila saya iklankan Chocodap’s di Facebook, ramai rakan-rakan yang membeli. Alhamdulillah,” katanya syukur.

Shazwan yang menyertai Chocodap’s sejak Disember 2021 mengakui pada awalnya dia hanya sekadar mahu mencuba untuk menjual produk makanan kerana sedar kuasa pembeli terhadap makanan amat besar berbanding menjual baju atau kosmetik.

“Jual makanan lebih senang sebab hari-hari pun orang makan, betul tak? Terpulang kepada diri kita sendiri cara untuk promosikannya. Sekarang semua ada media sosial dan ramai yang suka online shopping.

“Mudah nak menjual. Macam saya letak stok coklat dalam kereta. Bila ada orang order, saya terus hantar ke pelanggan. Tak perlu ada kedai, bisnes tetap on di mana-mana.

“Walaupun persaingan sengit tapi kalau rajin promosi, orang akan nampak di timeline media sosial mereka. Kalau dah banyak kali lalu di timeline mereka, Insha Allah mereka pasti tertarik nak beli. Kalau saya boleh buat, anda juga pasti boleh,” katanya bersemangat.

Pendek kata, tepuk dada tanya selera! Kalau nak ubah nasib, sendiri kena bangkit berusaha. Betul tak?

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment