“Dulu mampu tengok je…sekarang mampu beli”- Penuh inspirasi kisah ejen dari Bumi Kenyalang!

“Sebelum saya berhenti kerja, puas saya fikir apa lah yang dibuat nanti. Zaman sekarang semuanya mahal,” kata Puan Yanorahuda Sapudin yang bergelar suri rumah sepenuh sejak tahun lalu.

Ibu dua anak ini sama sekali tidak menyangka penyertaanya dengan jenama Chocodap’s pada April 2020 ternyata membuka sebuah lembaran baharu dalam hidupnya.

“Kalau dulu banyak benda yang saya tidak mampu nak beli. Mampu tengok sahaja. Alhamdulillah sekarang mampu beli sedikit demi sedikit.

“Syukur selepas menjalankan bisnes coklat dalam talian, hidup saya mula berubah ke arah positif. Dengan bisnes di bawah jenama Chocodap’s saya mampu membayar deposit untuk sebuah kereta termasuklah membeli barang kemas,” katanya dalam nada teruja.

Wanita berusia 29 tahun ini juga mampu tersenyum bangga apabila dia dan suami dalam proses membina butik coklat di perkarangan kediaman mereka.

“Butik coklat kecil-kecilan sahaja tetapi tetapi saya percaya ia bakal memberikan hasil lebih baik selepas ini.

“Bermodal hampir RM 10,000, butik coklat ini dijangka beroperasi selepas perayaan Aidilfitri nanti. Doakan ya,” katanya.

Menurut Huda yang pernah bekerja di salah sebuah syarikat swasta di Kuching sebelum ini, dia bersyukur dikurniakan rezeki untuk bekerja dari rumah dan dalam masa sama dapat menjana pendapatan lebih daripada sebelum ini.

“Anak saya baru sahaja berusia 4 tahun dan seorang lagi dua tahun. Masing-masing sedang membesar dan saya tidak mahu terlepas momen melihat mereka membesar. Atas sebab itu juga saya mahu bekerja sendiri.

“Suami saya juga nekad untuk pencen di usia muda. Pada masa ini, kami bersama menjalankan perniagaan coklat kerana yakin bisnes ini bakal pergi jauh lagi. Siapa yang tidak suka makan coklat kan?,” kata wanita yang tinggal di Jedong, Sarawak ini.

Difahamkan, perjalanan ke tempat kerja sebelum ini mengambil masa selama 1 jam 40 minit untuk tiba di bandar Kuching.

Comments

  • raihan
    04/05/2021 at 8:24 PM

    Syukur alhamdulillah 👍👍 penuh inspired puan huda,tapi kenapa nama kpg gedong tukar jadi jedong..hehe…tahniah puan 👍

  • Hafdan Bin morshidi
    04/05/2021 at 8:32 PM

    Terbaikla mak leader💪🏻💪🏻💪🏻. Good luck.

  • Aten cute
    04/05/2021 at 9:57 PM

    Tahniah puan dari jegong sarawak semoga semakin murah rezeki

  • Aten cute
    04/05/2021 at 9:59 PM

    Tahniah puan…semoga semakin murah rezeki…

  • Zahadiah kaili
    04/06/2021 at 8:22 AM

    Semoga Business terus maju Dan membuka stokis sendiri..Aamiin

Add a comment