“Doakan saya,”-Rancang buka klinik, doktor kumpul duit dengan bisnes coklat!

Meskipun memiliki kerjaya yang sibuk, Dr Khairun Syahidah Zakaria tidak menjadikan ia sebagai halangan untuk berniaga.

Bagi doktor yang berkhidmat di Hospital Kuala Kangsar ini, dia berhasrat untuk memiliki klinik sendiri di masa akan datang dan atas sebab itu juga dia menjalankan bisnes sampingan.

“Hasil pendapatan di Chocodap’s saya simpan untuk kegunaan masa depan. Suatu masa nanti saya rancang untuk letak jawatan dan fokus dengan perniagaan klinik sendiri.

“Selain itu, saya mahu bebas daripada masalah kewangan. Memang wang bukan segalanya tetapi pada zaman sekarang, semua benda memerlukan wang.

“Di hospital tempat saya bekerja, ramai pesakit yang saya jumpa dengan latar belakang mempunyai masalah kewangan lalu memaksa mereka lakukan sesuatu hal di luar kawalan disebabkan terlalu tertekan. Jadi dengan cari pendapatan sampingan, sekurang-kurangnya saya dapat juga bantu orang sekeliling bila ada pendapatan ekstra,” kongsinya.

Dr Syahidah yang ditempatkan di wad Obstetrik & Ginekologi berharap perjalanannya bersama Chocodap’s dipermudahkan.

“Saya sangat berharap jodoh saya di sini panjang. Bukan apa, saya perlu realisasikan BIG WHY dalam masa beberapa tahun ke depan ini.

“Macam saya kata tadi, saya impikan untuk buka klinik dan bekerja sendiri. Doakan saya,” katanya.

Kongsinya yang menyertai Chocodap’s sejak Mei tahun lalu banyak merubah kehidupannya.

“Saya faham bila dalam dunia bisnes ada turun naiknya. Ada masa kita di atas, ada masa kita ‘tersekat’ di tengah. Di situ saya banyak timba ilmu bisnes daripada Ticer Sarah dan Encik Farhan untuk terus konsisten dalam bisnes.

“Saya amat berterima kasih dengan segala tunjuk ajar yang dicurahkan kepada saya dan saya berharap agar perjuangan Ticer dan Encik Farhan tidak terhenti di sini kerana kami perlukan individu positif begini untuk berjaya dalam bisnes,” katanya.

Dalam masa sama, Dr Syahidah juga bersyukur dapat berkongsi rezeki dengan ahli keluarga yang lain selepas menyertai keluarga Chocodap’s.

“Saya berjaya belikan sebentuk cincin untuk ibu dan ibu mertua hasil menjual coklat. Bahagia sungguh bila dapat gembirakan mereka, Alhamdulillah,” katanya yang mendapat pendapatan empat angka daripada Chocodap’s secara konsisten sehingga sekarang.

Comments

  • Asrafiah
    03/23/2021 at 5:14 PM

    Alhamdulillah, seronok mendengar kejayaan doktor, harap tercapai impian doktor

  • Hasna HaDi
    03/23/2021 at 6:52 PM

    Semg akk trus maju n berjaya supaya kami d blkg akk berjaya bersama akk.. Move on looking forward 🥰

Add a comment