Doa untuk Bro Bob, Semoga kembali sihat…

“Minta maaf tak boleh nak taip, jari ada masalah jangkitan kuman. Minta maaf sangat-sangat tak dapat nak balas cepat,” demikian kiriman mesej suara daripada bro Bob yang kini terlantar sakit di hospital.

Bro Bob atau nama sebenarnya Munawir Omar yang merupakan ejen aktif di Chocodap’s kini berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sejak 29 April lalu memohon doa sesiapa sahaja yang mengenalinya agar kembali sihat seperti sedia kala.

“Kirim salam abang pada semua yang kenal saya. Yang kirim doa buat abang bob, terima kasih banyak ya,” ucapnya ringkas.

Bro Bob yang kini berusia 50 tahun berdepan dengan masalah kesihatan sejak terlibat dalam kemalangan pada tahun 2015. Sejak insiden itu, bro Bob hilang upaya untuk bekerja selepas berdepan masalah Slip Disc.

Bob juga menghidap penyakit kencing manis yang menyebabkan penyakitnya semakin melarat yang memaksa lima jari kakinya terpaksa dipotong.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment