Dah Expired Tapi Tetap Boleh Dimakan, Ini Senarainya…

Tentu rasa rugi bila makanan yang tak habis dijamah dah tamat tempoh.

Bila berdepan dengan situasi ini, pasti makanan yang telah expired, kena lah dibuang ke dalam tong sampah, kan?

Namun, ada sebahagian besar boleh dimakan cuma kualiti rasa pada makanan itu sudah tidak sama.

Berikut adalah lima makanan yang masih selamat dijamah:

1. Daging & Ayam Mentah

Mesti anda takut nak simpan daging atau ayam mentah di peti ais dalam tempoh lama kan?

Tak ada masalah pun sebenarnya janji barang-barang itu dibekukan.

2. Pasta

Pasta kering biasanya boleh disimpan sehingga dua tahun asalkan ia diletakkan di tempat dingin dan kering.

3. Susu

Susu tenusu boleh diminum walaupun sudah lima hari tarikh tamat tempoh atau lebih lewat.

Nak tahu susu rosak senang saja, akan kelihatan berwarna tekstur yang kental dan berbau masam.

4. Roti

Roti juga boleh dimakan walaupun dah expired, sama seperti keju.

Semuanya bergantung kepada rupa dan bau roti, jika sudah ada cendawan sebaiknya dibuang.

Jika anda ingin simpan roti lebih lama, letakkan dalam peti ais.

5. Coklat

Warna keputihan pada coklat yang disimpan lama bukannya kulat. Sebaliknya adalah coklat bloom dan masih selamat dimakan.

Simpan saja coklat dalam peti ais, lebih selamat!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment