“Sebelum ini, saya dah biasa bekerja. Bila jadi suri rumah sepenuh masa dan tiada wang sendiri, kekok jadinya,” luah Puan Shuhada Alias yang pernah bertugas sebagai guru di sebuah sekolah swasta.
Selepas melahirkan anak pertama, Shuhada atau Kak Da mengikut suaminya yang ditugaskan ke Pulau Pinang.
“Pada awalnya, saya okay duduk rumah tapi lama-lama rasa down pula.
“Bukan apa, saya dilahirkan dalam adik beradik yang ramai. Semua adik beradik saya bekerjaya. Hanya saya seorang sahaja yang tidak bekerja. Lagi pula saya dah biasa pegang duit sendiri,” katanya.
Ketika beberapa bulan berpindah ke Pulau Pinang, Kak Da mula mengintai peluang untuk bekerja.
“Tetapi anak pula masih kecil. Jadi saya tengok dekat Facebook kalau ada peluang berniaga yang sesuai.
“Sampai satu hari tu, saya ternampak sebuah hantaran yang dimuatnaik oleh ibu Norhayati Razak. Dari situ saya mula kenal dengan bisnes coklat yang dikendali oleh Chocodap’s,” kata ibu kepada dua orang anak ini.
Tanpa berfikir panjang, Kak Da terus mendaftar sebagai ejen sah dan alangkah terkejutnya apabila mendapat respon luar biasa.
“Macam tak percaya, order bertalu-talu masuk. Tak menang tangan dibuatnya.
“Bulan pertama saya bersama Chocodap’s, memang licin stock yang ada. Saya minta bantuan kakak yang bertugas sebagai cikgu sekolah di Pulau Pinang untuk bertanya kepada rakan sekerja sama ada berminat tak nak beli coklat.
“Maklum balas diterima amat baik. Alhamdulillah,” kata wanita kelahiran Terengganu ini.
Mengakui semakin seronok berniaga coklat, Kak Da berharap dapat mengekalkan momentum perniagaan selama mungkin.
“Saya pernah rasa berniaga pelbagai jenis barangan dan makanan sebelum ini. Malah saya pernah hasilkan produk paste ikan bakar sendiri sebelum ini.
“Tetapi sangat memenatkan. Maklum saja saya buat seorang diri dari urusan di dapur sampailah kerja membungkus. Tak apalah, saya dah tak sanggup lagi,” katanya ketawa mengenang kembali memori lama.
Apa yang membanggakan, jumlah pendapatan Kak Dah bersama Chocodap’s melonjak empat kali ganda daripada jumlah gaji sewaktu bergelar seorang guru.
“Sewaktu berpindah ke Pulau Pinang, dengan wang jual coklat juga saya membeli semua perabot dalam rumah yang baru didiami.
“Alhamdulillah sekarang segalanya sudah lengkap. Suami juga bangga tengok hasil pencapaian saya menjual coklat.
“Katanya awak duduk rumah pun gaji boleh macam CEO ya,” usik suaminya.
Hebat Kak Da, kami doa agar Kak Da terus setia bersama keluarga Chocodap’s! 😍