Gigil naik pentas, Atikah terkejut nama diumum menang kereta

“Masih terngiang dalam fikiran saya bila nama diumum menang kereta. Allahuakbar, happy tak tahu nak kata apa,” kata Atikah Baharudin, ejen Chocodap’s yang memenangi kereta Proton di majlis Chocodap’s Grand Rewards, baru-baru ini.

Ejen Chocodap’s dari Melaka ini mengaku rasa terkejut dan mengigil ketika naik ke pentas mengambil hadiah replika kunci kereta.

“Paling sebak saya dapat banyak ucapan tahniah dan doa yang baik-baik untuk saya dan suami.

“Aura kasih sayang tu cukup menebal di kalangan keluarga Chocodap’s. Alhamdulillah terima kasih Allah,” katanya dalam nada sebak.

Kongsi ibu anak satu ini, dia tidak bercadang untuk menjual kereta ini kerana akan menggunakan untuk urusan perniagaan.

“Ini kereta pertama yang saya menang. Sebelum ini tak pernah menang cabutan bertuah, kereta pula tu.

“Insha Allah lepasni boleh saya angkut coklat ke mana-mana. Nak coklat, call je saya. Terus saya hantar,” kata Atikah ketawa.

Sabtu lalu, Atikah diumumkan sebagai pemenang kereta Proton 1.3 Automatik bernilai hampir RM 50,000.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment