Tempoh Total Lockdown tak sama bagi semua. Ada yang kehilangan kerja sebaik sahaja pandemik bermula, ada pula yang rezekinya murah di kala bekerja dari rumah.
Bagi salah seorang ejen Chocodap’s dari Ampang, Nursalfarina Awaludin atau Ryna, dia bersyukur dipinjamkan rezeki mencurah sejak pandemik bermula.
“Tahun ini masuk tahun kelima saya bersama dengan Chocodap’s, saya merupakan antara yang terawal iaitu batch pertama sejak jenama ini diperkenalkan.
“Semakin lama saya semakin selesa dan boleh ‘fit in’ dengan team Chocodians yang lain.
“Apa yang menarik saya boleh kongsikan, sepanjang PKP bermula sejak tahun, saya dapat bantu ibu-bapa saya dengan memberi wang bulanan. Saya sangat berterima kasih dengan Chocodap’s untuk peluang ini,” katanya.
Ryna yang merupakan kakitangan di sebuah syarikat swasta memberitahu dia berpeluang berkongsi rezeki dari wang Ringgit kepada ibu-bapa pada setiap hujung bulan.
“Jujur cakap kalau saya bergantung dengan satu pendapatan sahaja, tak mungkin cukup untuk saya bagi mak ayah RM 2000 sebulan.
“Jadi saya tampil dengan inisiatif sendiri iaitu berniaga walaupun di musim PKP ini agak mencabar situasinya. Tetapi Alhamdulillah sejak Mac tahun lalu, jualan Chocodap’s berjalan baik.
“Walaupun saya dah berkahwin, tanggungjawab saya dengan ibu-bapa dan adik beradik masih perlu diteruskan. Lagipun saya anak kedua dalam keluarga dan ada tiga adik yang menetap bersama ibu-bapa.
“Jadi apa salahnya kalau rezeki yang ada sekarang saya kongsikan bersama mereka. Lebih berkat dan seronok tengok mereka selesa di rumah,” katanya.
Sebelum ini, Ryna pernah memberitahu dia baru membeli rumah kedua iaitu sebuah rumah teres dua tingkat yang berharga lebih setengah Juta.
Tambah Ryna, rumah teres itu dibeli pada harga RM 550,00 dan ini merupakan aset kedua dia bersama suami.
Kongsinya lagi, dia mahu bekerja lebih keras memajukan bisnes Chocodap’s untuk masa depan keluarga.
“Kalau boleh saya nak selesaikan hutang rumah pula lepas ini. Insha Allah selepas pandemik berakhir nanti, semuanya akan jadi lebih baik,” akhirinya positif.
Sepanjang pandemik berjalan, team dikelolai Ryna berjaya meraih jualan enam angka setiap bulan.