Dari Ampang ke Sendayan…

Chocodap’s yang dulu bukanlah yang sekarang!

Kalau dulu kami hanya berdua, kini kami dibantu oleh 37 pekerja yang  bersama menguruskan Chocodap’s. Struggle is REAL!

Kenapa saya kata begitu?

Kalau dulu segalanya dilakukan dengan isteri, Ticer Sarah. Bukan macam sekarang.

Hidangan tengahari juga hanya cukup sekadar roti dan air mineral. Berkejar ke pejabat pos, balik semula untuk proses bungkus coklat, memang tak terkejar dibuatnya.

Belum masuk waktu sebelah malam yang mana kami terpaksa kejar timing bas parking. Berpusing kami di kawasan parking mencari bas. Kalau tak jumpa sampai ke kantin kami pergi mencari driver. Kadang-kadang kena tahan dgn polis peronda sbb tu bukan kawasan awam. 

Belum lagi kira ditipu pemandu bas. Tetapi itu semua proses untuk kami belajar sebelum sampai ke tahap sekarang. Kalau ikutkan hati ketika itu, memang pernah rasa untuk stop berniaga.

Terus gapai impian

Selagi bernyawa saya tidak akan berputus asa dan percaya pada diri sendiri. Saya nampak dengan jelas masa depan. Setiap langkah kejayaan yang telah saya temui, saya kongsikan pada ejen Chocodap’s agar kejayaan mereka lebih cepat dari saya.

Chocodap’s bakal melebarkan sayap ke Sendayan, Negeri Sembilan dalam masa terdekat. Buat mereka yang mahu bergelar usahawan tanpa modal besar, di sini tempatnya. Jangan buang masa & ayuh masuk ke fast track yang kami sediakan.

Pilihan di tangan anda, SEE YOU AT THE TOP‼️

Pengasas bersama Chocodap’s,Encik Farhan Zainuddin

#chocodaps

#lebihdarisedap

#pengasaschocodaps

#coklatlokal

#coklatsedap

Comments

  • Nur Habibah Yusuf
    11/25/2020 at 5:36 PM

    Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT..saya sangat-sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT dan founder chocodaps Ticer Sarah dan Tuan Farhan.. in Sha Allah kita buat sampai jadi… Tahniah!!!

Add a comment