Coklat VS Gajet, mana satu pilihan kamu?

Bila si kecil anda merengek di mall, pasti bingung dibuatnya! Macam mana cara agaknya nak diamkan mereka?

Mungkin ramai ibu-bapa masa kini gemar memberi smartphone atau tablet kepada anak-anak supaya tidak terus bising.

Harus ingat, gajet ada baik buruknya. Ia mungkin beri kebaikan dalam waktu masa sekejap tetapi untuk tempoh masa panjang, bagaimana pula?

Why not ketika si kecil asyik meragam di mall atau tempat awam, anda berikan coklat? Tetapi berikan dalam kuantiti sederhana ya 😉

Ini kerana penggunaan gajet terhadap bayi dan kanak-kanak bakal beri kesan buruk jika digunakan dalam tempoh yang lama.

  1. Susah tidur

Telefon pintar akan membuatkan si kecil sukar tidur, kerana hampir semua layar mengeluarkan blue light yang menyerupai cahaya siang hari. Cahaya tersebut dapat mengirimkan isyarat pada otak anak dan membingungkan tubuh manusia.

Pada waktu malam, anak menjadi sukar untuk tidur, disarankan agar anak-anak tidak bermain gajet di rumah 1-3 jam sebelum tidur dan menggantikan dengan aktiviti membaca buku bersama-sama.

  1. Kurang aktif

Sudah menjadi kebiasaan seorang anak untuk terus bergerak, berlari, melompat, menari dan bermain untuk membantu pertumbuhan fizik yang sihat. Namun anak-anak sekarang terlalu selesa bermain gajet yang sudah pasti membuatkan mereka duduk diam dan ini tentu memiliki kesan buruk buat anak. Jika berterusan, anak boleh menjadi obesiti.

Oleh itu disarankan agar ibu bapa moden lebih kerap membawa anak-anak melakukan aktiviti fizik seperti bermain bola, berenang, basikal, atau kegiatan lain yang membuat mereka banyak bergerak.

  1. Gangguan pada mata

Terlalu kerap menatap layar skrin menyebabkan mata jadi suram, kering dan kerap sakit kepala. Walaupun belum ada laporan rasmi layar skrin menyebabkan kerosakan mata. Disarankan mengajarkan anak untuk menjaga jarak pandangan antara mata dan juga layar, selain aturan terang dan gelapnya, jangan terlalu terang, dan suruh anak untuk beristirehat setiap 10-20 minit sekali.

  1. Cepat letih

Terlalu lama bermain telefon pintar menyebabkan sakit pada beberapa bahagian tubuh, seperti pada bahu, leher, punggung, tangan dan jari. Ajar anak untuk beristirehat dan ajarkan juga mereka posisi duduk yang baik dan posisi gajet jangan sampai lebih tinggi dari mata. Ini mengurangi kesan pada leher kerana terlalu lama mendongak.

  1. Susah fokus

Terlalu lama menggunakan gajet dapat membuat seseorang sukar fokus dalam jangka waktu lama pada sesuatu. Oleh itu, disarankan berlatih tanpa terus-menerus memanfaatkan gajet. Ini demi kesihatan dan juga masa depan anak tercinta.

  1. Kemampuan bersosial berkurang

Pengguna gajet tetap mampu untuk bersosial dengan melakukan hubungan melalui pelbagai aplikasi yang ada. Namun anak-anak juga perlu untuk memiliki kemampuan membaca emosi orang lain, caranya dengan melakukan interaksi langsung dengan bersua muka. Itu sebabnya, batasan waktu dalam penggunaan gajet adalah jalan keluar terbaik untuknya.

  1. Rasa cemas yang berlebihan

Kemungkinan mereka akan cenderung membandingkan dirinya dengan kawan-kawan yang mereka lihat di sosial media, atau mereka sangat sibuk berusaha untuk membuat orang lain memberikan like atau komen. Sayang sekali jika usaha mereka hanya dihabiskan untuk hal tersebut. Oleh sebab itu, peranan sebagai ibu bapa untuk mengawasi anak di sosial media jadi sangat penting, lakukan diskusi dengan anak tentang cara-cara bersosial media, seperti bagaimana menanggapi apa yang dilihatnya, jangan sampai terlalu berlebihan memberi respon, jangan juga sampai mengejek orang lain, atau menghakimi kawan-kawannya yang akhirnya menimbulkan masalah dalam hubungan berkawan. Ada baiknya membahaskan tentang beberapa hal yang harus diperhatikan sebelum menulis di sosial media dengan mereka.

  1. Gangguan mental

Rasanya tidak mungkin anak-anak yang masih berusia sangat muda mampu mengalami gangguan jiwa. Tetapi, kajian menyimpulkan penggunaan teknologi yang berlebihan berpotensi menjadi penyebab depresi pada anak, kurang konsentrasi, cemas, autism, bipolar, serta perilaku bermasalah yang lain.

  1. Perilaku agresif

Media komunikasi yang sekarang makin tidak terkontrol terkadang menyuguhkan aksi kekerasan yang dapat menyebabkan anak menjadi lebih agresif. Ditambah kini banyak media maupun video game yang menampilkan perilaku-perilaku tindak kekerasan fisik dan seksual. Amerika Serikat sendiri bahkan memasukkan bentuk kekerasan dalam media sebagai sebuah risiko kesehatan masyarakat karena pengaruh negatifnya terhadap anak-anak.

  1. Jadi pelupa

Pelbagai bentuk teknologi media memproses informasi dengan sangat cepat. Akibatnya, anak terlalu cepat dalam memproses informasi, mereka malah cenderung jadi kurang fokus serta daya ingatnya menurun. Apabila anak-anak tidak dapat fokus, kesan samping pada mereka ketika belajar.

  1. Jadi ketagih

Ibu bapa yang terbiasa hidup dengan gajet, membuat anak rasa tidak diperhatikan dan asyik sendiri dengan telefon pintar atau tablet. Hal tersebut menjadi kebiasaan dan mampu menimbulkan ketagihan terhadap gajet. Kajian Gentile menyatakan, 1 dari 11 anak-anak yang berusia antara 8-18 tahun mengalami ketagihan teknologi gajet.

  1. Radiasi

Telefon selular mengeluarkan radiasi yang berbahaya untuk kesihatan. Anak-anak yang kerap bermain dengan gajet berisiko terdedah radiasi tersebut. Padahal, sistem kekebalan tubuh dan otak mereka sedang dalam masa pertumbuhan. Sayang seribu kali sayang…

  1. Tiada masa depan

Anak-anak adalah masa depan kita, tapi tiada masa depan bagi anak-anak yang terlalu kerap menggunakan teknologi canggih, demikian diungkapkan pengkaji Cris Rowan. Menurutnya, pembelajaran menerusi gajet tidak akan bertahan lama dalam ingatan anak-anak. Oleh sebab itu, pendekatan pendidikan melalui gajet bagi anak-anak perlu untuk dibatasi. Jadi mulai saat ini diharapkan ibu bapa sebaiknya jangan terlalu menganggap remeh gajet pintar yang digunakan anak yang tercinta.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment