Bagi peniaga di sekitar Kuala Lumpur, ini ada berita baik! Berikutan lebih 800,000 orang di Malaysia hilang pekerjaan selepas Covid-19 menyerang, ramai yang hilang punca pendapatan.
Kita boleh lihat ramai peniaga di pinggir jalan yang menjual pelbagai produk makanan dan lain-lain.
Sehubungan itu Pihak Berkuasa Tempatan iaitu DBKL telah mengambil inisiatif dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai kawasan bebas berniaga selama enam bulan bermula 15 November ini.
Mereka bagaimanapun perlu memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama enam bulan di laman web DBKL, yang akan ditawarkan secara percuma.
“Mulai Ahad 15 Nov ini, Kuala Lumpur akan menjadi ‘wilayah bebas berniaga’ sesiapa yang ingin berniaga tidak kira sepenuh masa atau separuh masa boleh memilih tempat yang sesuai, misalnya depan rumah atau di tepi jalan kawasan perumahan.
“Permohonan lesen itu bertujuan untuk makluman dan rekod data DBKL sahaja. Pemohon akan mendapat lesen sementara secara automatik dan kemudian DBKL akan membuat pemantauan,” kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.
Beliau bagaimanapun mengingatkan para peniaga agar mematuhui beberapa perkata antranya tidak berniaga di kawasan yang boleh mengancam keselamatan awam, menyebabkan kesesakan lalu lintas serta cakna kebersihan.
Bagi anda yang nak mula tetapi bingung nak jual apa, sertai Chocodap’s hari ini.
Siapa yang tak sukakan coklat kan? Coklat sentiasa mendapat permintaan tinggi terutama di musim cuti sekolah ini. Gerenti berbaloi we tell you!
Norhafiezah Binti Mohd Asheri
11/18/2020 at 7:18 AMBagaimana saya hendak menjadi agen di bandar ainsdale seremban. Sy ingin ambil fizikal stok dan diletakkn di kedai fizikal sy.
Norhafiezah Binti Mohd Asheri
11/18/2020 at 7:18 AMBagaimana saya hendak menjadi agen di bandar ainsdale seremban. Sy ingin ambil fizikal stok dan diletakkn di kedai fizikal sy.