14 tahun jauh dengan suami, “Hidup saya terisi dengan Chocodap’s”

“14 tahun tinggal berjauhan dengan suami, tipulah saya kata kalau tak sunyi,” kata Puan Rekha Narayanan yang menetap di Temerloh manakala suami di Raub, Pahang.

Meskipun tinggal di negeri sama namun jarak kilometer yang jauh memaksa untuk mereka duduk berasingan.

“Saya bekerja sebagai jururawat di Hospital Temerloh manakala suami pula merupakan pengurus estet di Raub.

“Kami hanya berjumpa sekali dalam dua minggu. Pada awalnya jujur saya rasa stress juga, suami jauh kan. Nasib baik ada anak-anak menemani,” kata Rekha yang menginjak usia 37 tahun ini.

Kesunyian itu terubat apabila Rekha diperkenalkan dengan jenama Chocodap’s pada tahun 2018.

“Saya masih ingat kakak yang menetap di KL yang kenalkan saya dengan bisnes coklat Chocodap’s. Pada awalnya, saya pelik sebab tak pernah dengar.

“Tapi lama kelamaan saya tertarik dengan bisnes ini kerana mudah bagi saya untuk jual sesuatu yang sentiasa orang cari. Coklat kan, siapa yang tak suka makan,” katanya.

Di fasa awal berniaga coklat, Rekha menyifatkan dirinya semakin positif apabila kesibukan di hospital dan sebagai usahawan coklat mengalihkan fikirannya.

“Kalau dulu asyik fikir bila waktu nak jumpa suami, sejak jual coklat rindu saya seolah terubat. Ada aktiviti yang dibuat di hujung minggu.

“Senang kata, hidup saya sudah terisi dan tak sunyi lagi,” katanya ketawa.

Untuk rekod, Puan Rekha pernah mencapai jualan berkumpulan mencecah RM 89,000 sebelum ini sehingga berjaya membeli kereta idaman, Perodua Aruz.

“Saya memang mencari kereta lebih luas dan selesa untuk dibawa ke mana-mana.

“Lepasni bila dah boleh rentas negeri, mudah bagi saya nak ke HQ Chocodap’s di Sendayan atau Ampang,” akhirinya tertawa.

Difahamkan, Puan Rekha juga kini sedang hamil anak ketiga. Semoga dipermudahkan urusan bersalin dan perniagaan coklat semakin sukses hendaknya.

Comments

  • Thiagu
    04/15/2021 at 3:28 PM

    Baru 1 tahun saya Di Raub. Sebagai seorang pengurus ladang kehidupan saya semacam orang gua… Pindah randah aje. Pernah I bekerja di Indonesia dan juga Sarawak… Pencapaian isteri saya adalah miliknya sendiri…. I always admire her hard work and also her vision… All the best my dear. Love you.

Add a comment