Baik sebelum atau tarikh luput?

‘Hurm…boleh makan lagi ke coklat ni eh?’

‘Nampak macam okay tapi kat sini ada tulis ‘Baik Sebelum’. Okay ke tak ni nak makan?’

Mesti korang pernah berdepan dengan situasi begini kan? Keliru sama ada makanan ini boleh dimakan lagi atau perlu dibuang.

Sebagai pengguna, kerap kali pengguna/ pembeli keliru dengan label makanan yang ada iaitu ‘Baik sebelum’ dan ‘Tarikh luput’.

Kenapa agaknya ada makanan yang dilabelkan dengan ‘Baik sebelum’ dan bukannya ‘Tarikh luput’?

https://www.heart.org/en/healthy-living/healthy-eating/cooking-skills/storing/understanding-expiration-dates-how-do-i-know-when-my-foods-gone-bad

Disebabkan ada kekeliruan dalam hal itu, banyak makanan telah dibuang oleh pengguna kita sendiri walaupun makanan itu masih elok untuk dimakan.

Label ‘Baik sebelum’

Menunjukkan sifat atau kualiti produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan. Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, kemungkinan produk itu kehilangan atau kekurangan kesegaran, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.

Tetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak selamat untuk dimakan. Kita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada rupa bentuk produk tersebut.

Sama ada ia ada perubahan warna, ada pertumbuhan kulat atau berbau masam atau kurang enak, itu perlu diperhatikan.

Label ‘Tarik luput’ dan ‘Guna sebelum’

Tarikh akhir produk itu selamat untuk dimakan. Kebiasaannya ia digunakan pada produk makanan yang cepat rosak yang tidak perlu simpan lama seperti kek, roti, telur dan sebagainya.

Bagi produk makanan yang dilabel ‘Baik sebelum’ atau ‘Tarikh luput’ pengguna perlu buang serta merta makanan tersebut selepas tarikh yang dinyatakan.

Untuk penggemar Chocodap’s, kalian jangan risau kerana coklat keluaran kami tahan lama dan berkualiti. Cuma jangan pula simpan di tempat yang panas dalam tempoh lama contohnya dalam kereta, pasti cair dibuatnya. Simpan di tempat suhu bilik ya!

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Melaka

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment