Tahun Baru Cina dirai oleh masyarakat Cina di Malaysia bagi menyambut kedatangan tahun baharu dalam kalendar mereka. Masyarakat Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.
Kesemua ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai untuk ‘makan besar’ bersama. Tujuannya untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga.
Dalam masa sama, ahli keluarga yang sudah berkahwin akan memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga.
‘Angpau’ membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang buah limau mandarin dan juga kuih bakul yang perlu ada semasa perayaan Tahun Baru Cina.
Lebih meriah, tarian singa dari rumah ke rumah dan kedai-kedai adalah untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun Baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.
Mungkin sambutan Tahun Baru Cina tahun ini tidak semeriah tahun sebelum ini. Perayaan masih dibenarkan tetapi wajib menurut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan seperti yang dilakukan semasa Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali sebelumnya.
Aktiviti makan besar juga hanya dibenarkan di rumah dengan jumlah ahli keluarga tidak melebihi 15 orang dari rumah sama sahaja bagi mengelakkan wabak COVID-19 terus merebak.
The new year is like opening a new page to be written with new stories. Kami di Chocodap’s ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2021 kepada rakan dan penggemar coklat kami!