Berangan itu tak salah sebab ia kan percuma? Tetapi bagi Puan Julia Juhari, dia amat realistik dalam soal ini.
Kata ibu dua anak ini, berangan itu perlu disertakan dengan usaha jika betul-betul mahukan sesuatu. Jangan lah kata teringin itu, teringin ini tapi tiada usaha.
“Masih segar dalam ingatan saya, sebelum Hari Raya Puasa tahun lalu, saya ternampak seutas gelang di kedai emas. Dalam hati terdetik alangkah indahnya kalau saya dapat hadiahkan untuk anak tersayang.
“Sejak jatuh cinta pandang pertama dengan gelang emas itu, saya mula all-out dalam bisnes coklat Chocodap’s,” katanya yang berjaya membeli gelang itu hasil berniaga.
Julia yang bekerja sebagai setiausaha pejabat di salah sebuah Universiti ternama di Pantai Timur memberitahu tidak menjadi masalah baginya untuk mencari prospek pembeli memandangkan aktiviti hariannya dikelilingi oleh ramai orang.
“Dari pelajar sampai ke pensyarah, sambutan dengan coklat agak lumayan. Ya lah, coklat dari gologan muda ke tua, semuanya suka.
“Saya beruntung kerana bekerja di persekitaran yang positif dan banyak memberi sokongan kepada bisnes saya,” katanya yang menyertai Chocodap’s sejak tahun 2019.
Tambah isteri kepada Masdura Bin Mansor ini, dia bersyukur dipertemukan dengan sebuah bisnes yang banyak membantu kehidupannya lebih-lebih lagi pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.
“Suami saya antara yang terjejas pendapatannya pada bulan Mac hingga Jun tahun lalu. Mujur saya ada usahakan Chocodap’s. Alhamdulillah dengan duit perniagaan coklat itu kami dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan selesa. Syukur sangat,” katanya.
Kongsi Julia, dia berjaya naik ke peringkat King pada November tahun lalu selepas berjaya meraih jualan sebanyak RM 55,000 berkumpulan.
Julia yang kini menyambung pengajian di peringkat Ijazah berharap dapat mengekalkan momentum meneruskan bisnes meskipun amat sibuk.
“Tempoh pengajian saya berbaki satu semester lagi. Bayangkan saya sambung belajar dari tahun 2014 tetapi kerana faktor kekangan masa, pengajian saya asyik tertangguh.
“Dengan kerja hakiki di pejabat, urus anak-anak dan pengajian jarak jauh, saya berdoa agar Allah SWT kurniakan kesihatan dan kekuatan untuk saya untuk kekal semangat berniaga. Sungguh saya betul-betul seronok bersama Chocodap’s,” akhirinya.
Thank you sbb perkenalkan Fina dgn Chocodap’s ❤️
One of the best decision I’ve made so far.
Kakchaq Chocodaps
04/12/2021 at 5:54 PMTips nak cari prospek..surirumah tanpa kerjaya..mcmna ya..rasa mcm susah skit..but still nk buat juga
Jue Chocodaps
04/14/2021 at 9:32 AMBoleh kakchaq, ramai king kita surirumah yg sgt2 hebat. Kakchaq boleh tmbh lg ilmu dgn dgr balik semua live king dan general hebat dalam fb usahawan akademi tu. Dalam masa yg sama kakchaq fokus betul2 marketing di facebook. InshaAllah kakchaq pon boleh berjaya🔥🔥🔥❤️