“Saya mula kenal erti sabar selepas sertai Chocodap’s sebab berpeluang jumpa ramai pelanggan dengan pelbagai ragam,” kata King Chocodap’s, Puan Farah.
Pemilik nama penuh Siti Nur Azhani Farahhin Bt Januin ini menyifatkan perubahan dalam karakternya berubah selepas dua tahun bergelar usahawan coklat.
“Saya tak bermaksud ia merupakan pengalaman pahit bila jumpa pelanggan dengan pelbagai kerenah tapi panduan untuk saya agar lebih bersedia untuk berjumpa dengan lebih ramai kerenah orang lagi.
“Alhamdulillah semakin lama karakter saya berubah menjadi lebih penyabar,” katanya tertawa.
Puan Farah yang merupakan seorang guru di Beaufort, Sabah ini turut berkongsi pengalaman menyeronokkan ketika menjual coklat pada Raya tahun lalu.
“Walaupun dalam tempoh PKP, tahun 2020 meninggalkan kenangan manis bagi saya sebagai seorang peniaga coklat.
“Mungkin disebabkan semua duduk di rumah waktu itu, jadi coklat jadi pilihan ramai dan saya dapat menjual dalam kuantiti sangat banyak,” kata wanita berusia 25 tahun ini.
Sementara itu, hasil jualan berkumpulan sebanyak RM 83,496 pada Disember 2020 melayakkan dirinya untuk mara ke peringkat King pada Januari 2021.
“Syukur saya dapat bantu orang sekeliling terutama keluarga dan paling penting saya ada duit simpanan untuk digunakan jika berlaku kecemasan,” akhirinya.