” Tak pernah terlintas dalam fikiran saya, bergelar suri rumah boleh ada gaji berjumlah lima angka.” luah Pn Nurul Huda Abdullah yang memulakan karier bersama Chocodap’s sejak tahun 2019.
Jelas ibu lima anak ini, meskipun bergelar isteri kepada seorang suami yang memiliki pendapatan tetap, dia tidak menjadikan hal itu sebagai alasan untuk tidak berusaha mencari pendapatan sampingan.
Malah, Puan Huda berterima kasih kepada suami tercinta kerana memberi izin untuk fokus dalam bidang perniagaan coklat sepenuh masa.
“Selepas berkahwin, pada awalnya suami tidak izinkan saya bekerja. Tipulah saya kata tidak bosan duduk di rumah. Bila keluar dengan kawan-kawan, ramai di antara mereka yang ada kerjaya tetap.
“Saya pula ada kelulusan tetapi aturan Allah menetapkan saya bergelar suri rumah sepenuh masa. Sehinggalah pada suatu hari, ada seorang hamba Allah yang memperkenalkan saya dengan jenama Chocodap’s,” kongsinya.
Wanita yang kini menetap di Dungun, Terengganu mula mendaftar sebagai agent sah pada November 2019.
“Selepas beberapa bulan ‘meroket’, dunia dilanda wabak Covid-19 yang memaksa saya memperlahankan kelajuan berniaga. Jadi kurang aktif dalam beberapa bulan.
“Demi soal keselamatan dan kesihatan keluarga, suami tidak benarkan saya untuk meneruskan menjual coklat sehinggalah pada suatu hari saya menerima pesanan daripada pengasas, Ticer Sarah” katanya.
Tambah Huda, dalam perbualan pada pertengahan tahun lalu, dia ditegur menerusi group WhatsApp sekaligus membuatkan dirinya ‘sentap’ pada waktu itu.
“Siapa yang tidak terasa tetapi selepas difikir semula, ada betulnya perkara yang disampaikan Ticer Sarah.
“Saya perlu bangkit semula demi insan yang berada di bawah bimbingan saya selama ini. Jika saya give up, apa jadi pada nasib mereka?
“Sejak hari itu, saya berazam untuk terus ‘meroket’ bukan untuk diri sendiri semata-mata tetapi orang sekeliling saya,” katanya ikhlas membantu orang-orang tersayang.
Lebih membanggakan, Puan Huda berjaya mengumpul kekuatan dan berjaya menghasilkan jumlah jualan sehingga mencecah RM 92,000.
“Bermula Julai 2020 saya dan team berjaya meraih RM 21,000 seterusnya RM 28,000 sehingga mencecah RM 92,000. Allahuakbar, sungguh saya tidak percaya dengan nikmat yang diberikan kepada saya dan team walaupun ketika ini negara masih dilanda wabak Covid-19. Rezeki berpihak kepada kami,” ucapnya syukur.
Puan Huda juga meluahkan rasa syukur kerana sepanjang bergelar agent Chocodap’s dia dipertemukan dengan insan-insan yang baik dan saling menyokong antara satu sama lain.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…