AMAZING! Sarat hamil bukan alasan, ibu muda ini berjaya buktikannya

Merupakan ibu muda yang baru berusia 24 tahun, Puan Wanie yang kini mengandung anak ketiga tidak menjadikan ia sebagai alasan tidak aktif berniaga.

Buktinya, dia berniaga Chocodap’s tak sampai 24 jam, kesemua stok berjaya dijual!

“Semalam ambil stock harini dah licin dijual. Alhamdulillah,” katanya.

Puan Wanie antara individu yang pendapatannya terjejas sejak pandemik bermula.

Memandangkan bakal melahirkan anak ketiga tak lama lagi, Puan Wanie perlu bangkit berusaha sebagai persediaan menyambut anak yang bakal lahir tak lama lagi.

“Memang pada awalnya saya tak cukup modal. Saya dan suami nekad nekad menggunakan RM170 untuk mula berniaga. Tak sangka, sambutan cukup hangat,” katanya.

Bermula dengan 25 pek coklat yang diambil pada 3 Julai 2021 (1 pm), dia mula membuat penghantaran dan jualan licin pada 4 Julai 2021 (2 pm).

Cepat dan berbaloi, nampaknya usaha Puan Wanie membuahkan hasil. Bermula dengan hanya RM 170, Puan Wanie mampu tersenyum bangga dengan keuntungan diterima.

Difahamkan Puan Wanie bakal melahirkan anak ketiga pada November ini. Sudah tentu banyak perbelanjaan yang perlu dikeluarkan kelak.

Semoga niat menambah pendapatan dipermudahkan untuk Puan Wanie. InshaAllah!

Sumber: Chocodap’s Senawang

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment