Pahit untuk ditelan tetapi itulah kehidupan, dugaan menyapa tidak mengenal masa.
Bagi Siti Norsuriya Bt Mat Zin, pemergian suami tercinta pada September tahun lalu memberi tamparan hebat dalam dirinya.
“Arwah suami pergi mendadak selepas terlibat dalam kemalangan. Allah SWT sahaja yang tahu betapa sayu hati ini tetapi saya percaya aturan-NYA adalah lebih baik dari apa yang kita rencanakan,” katanya.
Namun begitu, ibu kepada sepasang anak ini terus bangkit melangkah dan enggan meratap lama.
“Hilang tempat bergantung bukan alasan untuk kita meratap kesedihan selamanya. Hidup ini adalah pinjaman. Sampai masa, kita juga bakal menyusul jua.
“Sedih memang sedih tetapi hidup perlu diteruskan,” katanya.
Tambahnya yang bekerja sebagai jururawat, hari ini genap sebulan dia menyertai keluarga Chocodap’s sebagai ejen sah.
Semangatnya cukup luar biasa sehingga mampu untuk menghasilkan jualan mencecah empat angka, RM5323.
Bermodal hanya RM 170 sahaja, pulangannya melebihi 10 kali ganda. Ini baru bulan pertama, semoga Puan Suriya terus sukses dengan bisnes coklat yang kini rancak.
“Saya berterima kasih kepada salah seorang kapten, Julaiha yang memberi tunjuk ajar sebelum mulakan bisnes coklat.
“Dia yang bantu untuk mendaftar dan beri sedikit tunjuk ajar. Tak susah sebenarnya jual coklat, saya banyak mempromosikan di status WhatsApp, Alhamdulillah sambutannya luar biasa,” akhirinya.
Nadiah
03/23/2021 at 7:06 PMTahniah surya.. kawan 1 team bwh king kak bell… Nadiah bangga dengan awk surya…💪