Ada kala ketua akan dilihat sebagai orang yang kejam. Sebenarnya bukanlah kejam tetapi perlu berterus terang meskipun ianya pahit untuk ditelan. Malah ia pahit juga untuk ketua itu sendiri.
Tapi pemimpin yang bagus adalah pemimpin yang berani menyatakan ISI HATINYA & bukan jenis yang “PUSSY”.
Mungkin dia bakal ditinggalkan, tetapi tak apa kerana orang yang tidak sama VALUE dengan kita tidak akan boleh berjuang bersama malah akan lebih banyak kesalahfahaman di antara kita
Pasti ada orang diluar sana yang mempunyai nilai sama dengan kita seperti : bila buat kerja kita buat sungguh-sungguh, kita always nak bos kita happy, kita always nak buat yang terbaik. Saya cakap ni bukan kerana syok sendiri tapi saya sendiri pernah bekerja dengan orang.
Saya yakin ada diluar sana mempunyai sikap yang hampir sama cuma saya kena terus mencari mereka.
Skill & Pengalaman boleh dibina tetapi ATTITUDE sangat mencabar untuk dibina kerana ia dah jadi tabiat.
Kualiti vs Kuantiti.
Dahulu saya juga bermula dari rumah, staff datang bekerja pun mula bekerja dari rumah saya tapi saya tetap jaga kualiti pekerja saya.
Saya tak teragak-agak untuk remove mereka yang xde ATTITUDE. Sekiranya SKILL SET lemah tapi selagi masih ada ATTITUDE yang bagus, saya rela untuk invest untuk dia menjadi seorang yang HEBAT meskipun akan mengambil banyak masa & resource saya.
Even one day dia meninggalkan, saya tetap rasa puas hati kerana telah bantu orang yang saya suka. Of course kita sayang mereka dan mahu mereka growth lagi bersama kita sehingga berjaya capai kejayaan bersama.
Bila anda bekerja, buat la sungguh-sungguh. Setiap kebaikan yang anda buat, setiap pengalaman & Ilmu. Itu semua akan jadi asset besar dalam hidup anda. Buat kerja bukan sekadar kerja tapi buat lah demi kemajuan diri sendiri.
Farhan Zainuddin
Ceo Chocodap’s