Jualan merundum, kaki seolah dicucuk…Sakinah bongkar pengalaman ‘seram’ sebelum berjaya dengan Chocodap’s!

“Ada individu yang tidak senang melihat perniagaan saya sehingga sanggup menghantar sihir lalu memaksa saya untuk menutup kedai bakeri selepas itu,” kongsi Puan Sakinah Harun mengimbau kenangan pahit sekitar tahun 2018.

Tambahnya, perniagaan wanita yang menetap di Perak pada masa itu berada di puncak akhirnya terpaksa akur dengan keadaan.

“Jualan jatuh menjunam, saya asyik rasa mengantuk bila ada dalam kedai.

“Paling menyedihkan saya dan suami tak boleh berjumpa muka bila ada di kedai, asyik bergaduh dibuatnya. Selalu ‘panas’ bila berjumpa.

“Bukan itu sahaja, ada pekerja yang mengadu kaki mereka seolah dicucuk ketika pijak lantai. Sungguh perasaan sedih sangat menebal ketika itu,” luahnya.

Selepas kedai bakeri miliknya ditutup, Sakinah enggan berputus asa dalam perniagaan lalu menyertai Chocodap’s.

“Selain modal kecil pulangannya banyak. Pelanggan juga mudah dicari kerana permintaan tinggi.

“Alhamdulillah saya gembira di sini. Satu peluang tertutup manakala satu lagi terbuka untuk saya. Alhamdulillah,” kongsinya.

Menyertai Chocodap’s sejak April 2020, ibu empat anak ini gembira kerana berpeluang membuat simpanan masa depan.

“Saya berpeluang terima gaji lima angka di Chocodap’s. Pengalaman yang susah saya nak lupa. Jual coklat juga mampu dapat jana pendapatan tinggi, mungkin ada yang susah nak percaya tetapi ini hakikatnya. Seronok betul,” kongsinya.

Selain itu, dia juga pernah menerima ganjaran barang kemas daripada pihak Chocodap’s HQ atas kejayaan mencecah jualan tertinggi pada Julai tahun lalu.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment