Jual nasi kukus tepi jalan, Kak Nor nak ubah nasib lepas…

Nasib manusia tak sama. Kita diuji dalam pelbagai cara tak kira masa. Atas sebab itu, persediaan mental dan fizikal harus kuat agar jiwa tak tergugat bila tiba masanya.

Bagi Puan Noraini Mat Seman, kehidupannya sekeluarga berubah selepas suami berhenti kerja dan mengambil keputusan untuk berniga.

“Waktu itu suami ambil keputusan jual nasi kukus di tepi jalan. ‘Seksa’ juga nak membayar hutang piutang yang ada.

“Bila tak cukup duit tipulah saya kata tak tertekan. Memang struggle sangat saat itu,” katanya.

Keadaan menghimpit sehingga terpaksa mengeluarkan RM 10,000 daripada akaun simpanan Tabung Haji bagi membayar rumah dan kereta sedia ada.

Tidak sanggup melihat suami ‘berjuang’ seorang diri di gerai nasi kukus, Puan Nor akan turun padang setiap kali pulang dari kerja.

“Mujur saya mempunyai pekejaan tetap. Tetapi dengan bil-bil tertunggak, gaji yang ada tidak mungkin mampu menampung untuk bayar semua,” katanya yang merupakan guru agama di Sekolah Kebangsaan Petaling 2, Kuala Lumpur.

Segalanya berubah selepas Puan Nor jatuh hati dengan iklan Chocodap’s yang dilihat menerusi Facebook tahun lalu.

“Kalau dulu semua keinginan nak beli sesuatu agak tersekat, sekarang Alhamdulillah tidak lagi.

“Nikmat dapat pendapatan lima angka memang sebuah hadiah paling bermakna daripada yang Maha Esa. Baiknya Allah pada saya dan keluarga,” katanya syukur.

Sehingga tahun lalu, pencapaian Puan Nor dalam jualan coklat mencecah RM 176,000 sebulan. Bermula dengan kutipan jualan RM 159 pada Januari 2020, angka terus melonjak ke ratusan ribu.

“Kekuatan saya terutama ibu dan ayah, suami dan anak-anak. Dengan gaji sedia ada, saya dapat beri ibu dan ayah dua kali duit bulanan dalam tempoh sebulan,” akhirinya.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment