Jom Check Senarai Makanan Baik Untuk Otak!

Otak merupakan organ penting dalam tubuh badan kita. Untuk meningkatkan tahap kesihatan otak, beberapa kajian telah dilakukan pakar dengan mengatakan lima bahan ini merupakan di antara makanan yang terbaik untuk otak kita agar ia terus berfungsi dengan baik pada setiap hari.

1. Coklat – Saintis telah membuktikan kandungan antioksidan yang terdapat dalam dua atau tiga sudu teh serbuk koko adalah lebih tinggi berbanding dalam makanan lain. Flavonol dalam koko dikatakan membantu meningkatkan aliran darah ke otak.

2. Ikan – Kandungan Omega-3 yang merupakan asid lemak memberi banyak manfaat kepada tubuh dalam pelbagai aspek. Omega-3 menyediakan lebih banyak oksiden ke otak serta membolehkan seseorang menerima maklumat baharu sementara mengingati maklumat lama. Ikan terbaik untuk kesihatan otak adalah salmon, tuna dan hering.

3. Kekacang – Semua jenis kekacang seperti badam, walnut, biji bunga matahari, kacang hazel adalah sangat baik untuk otak. Kebanyakannya kaya dengan asid lemak Omega-3 dan Omega-6 serta vitaman E dan Vitamin B6 yang turut berfungsi sebagai antidepresan. Sesetengah kekacang yang kaya dengan magnesium juga baik untuk fungsi kognitif dan makanan otak.

4. Tiram – Kajian menunjukkan tiram adalah baik untuk otak kerana ia kaya dengan zat besi yang mudah menajamkan minda dan meningkatkan keupayaan untuk mengingati maklumat dengan mudah. Kekurangan zink dan zat besi boleh menghilangkan ingatan, tumpuan dan penyakit lain.

5. Telur – Proses otak mengecil apabila semakin tua boleh dicegah dengan memakan telur yang kaya dengan vitamin B12 dan lesitin. Telur kuning yang mengandungi kolina amat penting dalam membina sel otak dan meningkatkan ingatan.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment