Ikut jejak langkah Ecan teroka dunia bisnes, ”Ingatkan susah, rupanya…”

Mengambil contoh kejayaan ejen Ecan mengurus bisnes Chocodap’s, Hajar Sufian tekad mengikut jejak langkah sama.

Ujar wanita kelahiran Kelantan ini, dia terinspirasi dengan kesungguhan Ecan dalam mengendali bisnes Chocodap’s.

“Rasa syok pula tengok Ecan bisnes coklat. Macam-macam ilmu saya belajar sebab saya selalu follow kisah Ecan sepanjang dia berniaga coklat.

“Lama-lama saya rasa nak cuba sendiri bisnes. Lagipun saya ada sorang kawan yang jual Chocodap’s. Beli Raisin Milk dari dia, memang sedap!

“Sejak itu saya start tanya Ecan macam mana nak daftar dan selok belok berniaga coklat. Ingatkan susah rupanya kalau dah ada ilmu, senang je. Tapi jangan stop belajar cari ilmu berniaga,” katanya.

Tambah Hajar, sejak sertai Chocodap’s pada 2020, dia tidak risau setiap hujung bulan kerana pendapatan berniaga sentisa ada untuk dikongsi bersama keluarga.

“Itu impian saya pada awal saya join. Nak sentiasa ada duit sebab kita tak tahu bila waktu kecemasan akan tiba. Anak-anak pula makin membesar dan perlukan perbelanjaan. Saya perlu simpan duit untuk pelajaran mereka. Sebab itu saya mahu kekal di sini dan buat duit sampai berjaya, Insha Allah,” katanya.

Hajar pernah berada di carta TOP 15 untuk jualan peribadi tertinggi pada April 2022 berjumlah RM 3127.00.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment