Bukan susah nak susah dan bukan juga senang nak jadi senang!
Sebelum tiba di puncak, seseorang itu perlu meredah rintangan yang menghalang tetapi dengan kesabaran, InshaAllah kejayaan pasti dalam genggaman.
Pemilik nama Nurul Nadhirah Abdul Jalal ini mengaku sanggup bergadai wang Ringgit di fasa awal ketika mula berniaga.
“Jujur saya katakan waktu mula berniaga, saya tiada wang simpanan. Ketika itu barang kemas digadai untuk membantu keperluan keluarga. Dalam waktu sama, ibu mertua jatuh sakit.
“Jadi perlukan pengorbanan dengan menggunakan modal yang ada untuk mula berniaga. Dengan modal RM 400, saya langsung tidak sangka dapat menikmati rezeki yang berlipat ganda pada hari ini. Allah SWT bantu saya, Alhamdulillah,” katanya.
Apa yang membanggakan, wanita berusia 35 tahun ini berada di kedudukan selesa (peringkat KING) selepas empat bulan menyertai Chocodap’s.
“Pejam celik tahun ini masuk tahun keempat saya bersama Chocodap’s. Seiring masa, saya makin jatuh hati dengan bisnes ini.
“Chocodap’s banyak ubah kehidupan kami sekeluarga,” katanya ikhlas.
Tambah suri rumah sepenuh masa ini, dia kini mampu membantu ibu-bapa di kampung malah dapat menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka.
“Saya begitu bersemangat menerajui team saya dalam Chocodaps kerana nampak hasil. Dulu nak hulur duit dekat ibu ayah di kampung pun tak mampu kerana saya tidak ada punca pendapatan, tapi sekarang lebih daripada itu kami dah dapat sediakan.
“Suami yang pada mula dulu tidak begitu yakin kini menjadi tulang belakang yang paling kuat dalam membangunkan bisnes ini bersama.
“Pencapaian paling membanggakan apabila kami mampu memiliki sebuah butik coklat dan membayar gaji tiga orang kakitangan. Suami juga kini menguruskan bisnes Chocodap’s sepenuh masa. Alhamdulillah. Doakan kami dan semua keluarga Chocodap’s terus sukses di masa depan,” akhirinya.
Difahamkan, butik coklat milik Puan Nurul Nadhirah terletak di Batu Kikir, Negeri Sembilan.