From zero to HERO, pengasas Chocodap’s kongsi pengalaman awal

“Abah nak An ada kerja bagus,” masih terngiangayat yang keluar daripada mulut abah ketika itu.

Lima tahun lalu, aku menyuarakan hasrat untuk mula berniaga meskipun pada awalnya ditentang hebat oleh abah dengan alasan sesiapa pun boleh berniaga coklat.

“Jadi professor atau doktor, tak pun engineer. An kan ada ijazah, takkan nak jual coklat?

“Budak SPM pun boleh buat,” komen Abah beberapa tahun lalu.

Aku menghormati pandangan Abah yang mahu melihat anaknya berjaya dalam hidup.

Masih jelas dalam ingatanku riak wajah abah yang kecewa dengan keputusan ku untuk memulakan bisnes coklat kecil-kecilan.

Abah seorang yang amat mementingkan pelajaran dalam hidup. Bayangkan pada usia 40-an, beliau masih gigih berulang-alik ke universiti untuk melunaskan baki pengajian pada waktu itu. Alhamdulillah, penat lelah abah selama 10 tahun akhirnya berhasil apabila abah berjaya menghabiskan pengajian.

Benar bagai dikata, masa merubah segalanya!
Abah kini tersenyum bangga melihat perniagaan yang dibina bersama isteri tercinta mula memperlihatkan ‘rentak’.

Untuk abah, anakmu ini masih perlukan doa darimu sehingga ke hari ini.

Alhamdulillah, Chocodap’s terus gah berdiri dan akan terus berlari agar jenama ini terus dipercayai.

Untuk anda yang diluar sana, jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Habiskan pengajian dengan cemerlang dan selepas itu barulah aturkan perjalanan masa depan dengan baik.

Pasang niat lakukan pekerjaan kerana Allah SWT, Insha Allah semoga segalanya diberkati oleh-NYA.

Apapun, kami di Chocodap’s akan terus berjuang demi kelangsungan syarikat dan dalam masa sama memberi pulangan lumayan kepada usahawan di luar sana.

Pengasas bersama Chocodap’s,

En Farhan Zainuddin

Comments

  • Khairul
    11/17/2020 at 6:37 AM

    Assalamualaikum
    Hebat rezeki Allah untuk anak berdua tahniah

  • Khairul
    11/17/2020 at 6:38 AM

    Assalamualaikum
    Hebat rezeki Allah untuk anak berdua tahniah,semoga kekal Kaya Dan berjaya

Add a comment