Nak Sihat Kena Telan Coklat?

Siapa yang tidak suka coklat? Hampir semua orang sukakan coklat. Kanak-kanak adalah golongan yang paling seronok makan.

Walaubagaimanapun, ada juga segelintir yang tidak gemar kerana rasanya yang manis dan beranggapan mampu menggemukan tubuh badan. Betul ke?

Hakikatnya, coklat mempunyai khasiat yang ramai tidak tahu. Antaranya adalah:

1. Nutrisi

Coklat pahit adalah coklat yang belum dicampur dengan zat-zat tambahan lain. Dikatakan sekeping bar coklat pahit terdiri daripada 70-85% koko yang mengandungi 11 gram serat, 67% zat besi, 58% magnesium, 98% mangan, kalium serta fosforus. Di dalam coklat itu turut terkandung lemak tidak tepu di mana ia baik untuk kesihatan.

2. Kaya Antioksidan

Coklat pahit memang kaya dengan antioksidan seperti polifenol, flayanol dan catechin yang bagus untuk kesihatan sekaligus melindungi sel-sel tubuh dari radikal bebas.

3. Jadi Pelindung Kulit

Sekiranya anda berfikiran coklat menyebabkan munculnya jerawat di wajah, itu salah sama sekali! Dalam coklat terkandung antioksidan yang dipanggil flavonoid yang mampu melindung kulit dari kerosakan UV.

4. Prestasi Otak Meningkat

Pasti ramai tahu bahawa koko mengandungi zat perangsang seperti kafein dan theobroime. Kajian yang dijalankan di Britian menunjukkan coklat boleh meningkatkan prestasi otak anda terutama sekali dalam bidang pengiraan.

5. Cegah Diabetis

Kajian di Itali yang dilakukan pada tahun 2005 mendapati coklat meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetis.

Ingat! Nak makan coklat biar berpada-pada…Jangan berlebihan nanti makan diri pulak!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment