Coklat Cegah Kes Bunuh Diri, Biar Betul?

Tanggal 10 September setiap tahun telah diiktiraf sebagai Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia. Menurut International Association of Suicide Prevention (IASP), tema untuk tahun ini adalah bekerja bersama dalam mencegah bunuh diri (working together to prevent suicide).

Menurut laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan lebih daripada 800,000 orang di seluruh dunia membunuh diri setiap tahun.

Ia adalah tanggungjawab kita bersama untuk sama-sama terbit kesedaran untuk mendalami hati dan perasaan individu yang pernah meluahkan rasa ingin bunuh diri dan jangan memandang enteng dengan luahan mereka.

Menerusi beberapa kajian yang dijalankan pakar sebelum ini, manisan kegemaran ramai iaitu coklat boleh menjadi antara ejen yang efektif dalam mengatasi masalah tekanan atau stress yang sering dialami masyarat moden masa kini.

Coklat antara makanan yang boleh menyuntik perasaan yang positif dan gembira pada setiap individu. Seseorang itu akan rasa bahagia apabila tubuh mengeluarkan hormon endorfin semasa makan coklat.

Coklat hitam atau dark chocolate merupakan coklat paling baik untuk dimakan kerana kandungan nutrisinya yang tinggi selebih 70 peratus. Coklat hitam mengandungi flavonoids dan antioksidan yang dapat melindungi sel tubuh.

Menerusi kajian juga, coklat hitam dapat mengurangkan risiko angin ahmar sebanyak 20 peratus dalam kalangan wanita. Coklat hitam juga dapat menurunkan tekanan darah dan menghalang pembentukan darah beku.

Buat anda yang sentiasa rasa stress dengan urusan kerja atau masalah peribadi lain, ambil masa sejenak untuk berehat sambil menikmati coklat kegemaran anda!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment