“Anak dan suami saya merupakan penggemar coklat. Suka betul mereka dengan Chocodap’s,” demikian kata Puan Syarina Mohd Zuki membuka cerita.
Sebelum ini tidak pernah terlintas di fikirannya untuk bergelar seorang penjual coklat sehingga pada suatu hari dia terfikir menyertai Chocodap’s memandangkan mereka sekeluarga antara penggemar setia.
“Kenapa tidak? Asyik repeat order sahaja, why not saya yang jadi penjual itu sendiri.
“Saya percaya demand terhadap coklat sangat tinggi apatah lagi jika ada anak-anak di rumah. Jangankan anak-anak, ibu-bapa kalau nampak coklat dalam peti pun join ‘sekaki’,” katanya tertawa.
Dari seorang pembeli ke penjual, ibu dua anak ini mula menyertai keluarga Chocodap’s pada 13 September 2020.
Hasil menjual coklat sejak tahun lalu, Puan Syarina berjaya meraih pendapatan yang tinggi sekaligus dapat merealisasikan impian untuk membeli barang kemas.
“Hasil gaji Chocodap’s, saya Berjaya membeli seutas rantai tangan jagung, memang bahagia sangat. Bukan itu saja, saya juga dapat membantu anak-anak dalam team membeli cincin hasil menjual coklat,” kongsinya lagi.
Akui wanita berusia 38 tahun ini, suami dan anak-anak merupakan kekuatannya untuk membuat dua kerja dalam satu masa memandangkan dia masih bekerja tetap.
“Saya masih mempunyai kerja tetap iaitu menguruskan perniagaan kedai mini milik keluarga, Fauzan Utara SB. Pembahagian masa dengan bijak amat penting jika nak berniaga dalam masa sama masih bekerja tetap.
“Jangan risau, kalau saya boleh anda di luar sana juga mampu lakukannya,” akhiri wanita yang menetap di Alor Setar, Kedah ini.
Untuk rekod, Puan Syarina Berjaya mencapai jualan berkumpulan RM 11, 850 di peringkat General, keep it up!