Atas kerana saya juga memahami betapa susahnya ibu bapa saya mencari duit. Saya sendiri berusaha mencari pendapatan sendiri bagi meringgankan bebanan ibu bapa yang pada ketika itu adik-adik mash kecil. Setiap kali ada kesempatan cuti semester saya akan bekerja untuk cari pendapatan sendiri. Pernah juga sambil bekerja saya menjalankan perniagaan burger depan rumah di malam hari. Ketika tamat sahaja pengajian di Universiti, saya terus menjalankan perniagaan Dadih di depan sekolah.