Kami juga seperti anda yang sentiasa mencari sumber pendapatan tambahan untuk keluarga. Pada Oct 2015, kami diperkenalkan oleh rakan dengan coklat nya. Rasanya cukup menawan hati kami, dan kami mula mencuba memberikan rakan-rakan pejabat kami untuk merasainya dan amat mengejutkan kami. Apabila menerima begitu banyak tempahan pada hari pertama sahaja.
nama brand dicipta
Atas permintaan yang sangat mengalakan kami mula focus pada produk ini. Maka tertubuh la brand “Chocodap’s” di bawah perniagaan FS Ummah Resources. Nama ‘”Chocodap’s” ini adalah gabungan dari perkataan “Chocolate” dan “sedap“. la membawa imej coklat tempatan yang sedap, premium dan setaraf dengan produk antarabangsa.
perjuangan bermula
Bermula hanya berbekalkan RM500 dan berniaga kecil-kecilan dari rumah sahaja dan kini pada tahun 2019, kami telah pun mempunyai dua buah gudang dan sebuah pejabat urusan di Ampang. Chocodap’s juga telah melahirkan lebih 2000 agen sehingga ada yang mampu membina pendapatan 5-6 angka sebulan.
Agen-agen kami juga sudah berada di seluruh Malaysia termasuk di Singapore dan Brunei. Selari dengan perkembangan perniagaan, kami telah pun menubuhkan syarikat FS MEGA WORLD SDN BHD untuk terus memacu perniagaan ini ke persada yang lebih tinggi.
kejayaan setakat ini
Bantu gapai impian, Alhamdulillah selepas lima tahun beroperasi, Chocodap’s berjaya melahirkan lebih 42,000 usahawan coklat setakat ini. Misi syarikat untuk terus mengedarkan coklat tempatan terbaik setanding rasa antarabangsa akan diteruskan termasuklah merancakkan aktiviti pemasaran syarikat selain penambahan jumlah ejen. Setakat ini juga lebih 2000 tan telah diedarkan kepada ejen Chocodap’s dan ini adalah angka membanggakan. Kami juga optimis untuk membantu lebih ramai usahawan meraih pendapatan sehingga lima ke enam angka setiap bulan melalui jualan Chocodap’s.