Bongkar Sifat Peribadi Berdasarkan Coklat Kegemaran, Korang Yang Mana Satu?

Coklat adalah manisan yang menjadi kegemaran ramai orang. Namun, pernah tak terfikir yang coklat mempengaruhi sifat peribadi anda?

Memetik kajian di North Dakota State University dan Gettysburg College, seseorang yang meminati rasa manis seperti coklat akan menunjukkan persetujuan lebih berbanding mereka yang suka makanan pahit, pedas atau berperisa.

Kalau anda pencinta coklat, jom semak lima jenis coklat bagi mengetahui sifat personaliti diri:

1. Coklat susu

Bagi anda yang meminati coklat variasi susu, anda mempunyai sifat tenang dan tidak mahu diganggu. Jika anda lebih suka coklat susu, anda adalah seorang yang bijak dan suka menjadi pusat perhatian.

Bukan itu saja, anda juga mempunyai sisi peribadi yang romantis dan tidak malu untuk menunjukkan komitmen. Apabila anda berada dalam hubungan, hubungan anda akan bertahan lama kerana anda adalah jenis orang yang setia.

2. Coklat hitam

Jika anda seorang peminat coklat gelap atau dark chocolate, anda adalah orang yang suka perubahan, berkelas dan terurus. Anda boleh menyatakan pendapat anda dengan kuat tetapi masih bertanggungjawab.

Anda juga seorang yang sentiasa bertenaga dan dapat membuat keputusan dengan tegas. Hubungan dengan orang lain juga kuat dan erat, anda adalah jenis orang yang suka perbincangan bersama.

3. Coklat putih

Berbeza pula dengan anda yang meminati coklat putih, anda lebih artistik dan mempunyai kreativiti yang tinggi. Anda juga seorang yang kerap mengelamun atau merenung ketika mencari idea. Orang yang baharu mengenali diri anda akan sering menggambarkan anda sebagai seorang yang sensitif.

4. Coklat pudina

Bagi peminat coklat mint atau pudina pula, adalah seorang yang tahu apa yang mereka mahukan dan faham bagaimana untuk mendapatkannya. Menjadi orang yang berjaya adalah matlamat utama dalam kehidupan seorang peminat coklat pudina.

Anda juga jenis orang yang agak sensitif, sentiasa mempertimbangkan perasaan orang lain. Nilai dan budaya juga sangat penting, anda adalah asli dan tidak mengikut arus atau kata-kata orang.

5. Coklat kacang

Peminat coklat kacang pula cenderung mempunyai citarasa lama, tetapi sentiasa menjadi trendsetter. Anda lebih suka mempunyai beberapa kawan yang berkualiti tinggi saja. Peminat coklat kacang juga kadang-kadang bersifat sarkastik tetapi, anda seorang yang jujur dan tidak talam dua muka!

Jadi anda seorang yang macam mana? Apapun, beringat la nak makan coklat.

Kurang tak apa, jangan berlebihan takut penyakit lain pulak muncul hehe 😋

Sumber: AliffChannel

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment