“Anak terlantar di hospital, duit RM20,000 pula lesap ditipu,”- Ecan kongsi pengalaman ‘ngeri’ sebelum kenal Chocodap’s

Pernah berkhidmat sebagai guru tadika, Nurul Ihsan bt Mohamad Yaakub atau nama timangannya, Ecan mengaku terpaksa melepaskan kerjaya selepas berkahwin.

Suaminya yang merupakan doktor pelatih ditugaskan untuk berkhidmat di sebuah hospital di Temerloh, Pahang.

“Selepas berkahwin, saya bergelar suri rumah sepenuh masa. Ditambah pula sewaktu mengandung, saya mengalami mabuk hamil yang memaksa saya untuk banyak berehat di rumah,” katanya membuka cerita.

Selepas melahirkan anak, Ecan dan suami diuji apabila anak kesayangan mereka berdepan dengan masalah jangkitan kuman paru-paru beberapa tahun lalu.

“Hospital bagaikan rumah kedua saya dan suami. Berulang-alik demi menjaga anak tersayang.

“Anak saya mengalami masalah jangkitan paru-paru ketika masih berusia 10 bulan. Hati ibu mana yang tak luluh melihat anak bertarung dengan penyakit” kata Ecan memberitahu anaknya kini berusia empat tahun dan sudah pulih sepenuhnya.

Bagai ditimpa tangga, ujian yang lain datang pula. Kali ini, si suami ditipu pihak scammer yang tidak bertanggungjawab.

“Suami saya bertugas sebagai seorang doktor pelatih ketika itu. Ketika sedang bekerja, dia menerima panggilan memberitahu akaun bank milik suami diakses oleh seseorang yang terlibat dengan jenayah.

“Panggilan itu kononnya dibuat oleh individu yang menyamar sebagai ‘pegawai Polis’. Kata mereka, akaun itu perlu ditutup bagi mengelak masalah lain timbul.

“Pendek cerita, suami saya tidak berfikir panjang dan terus membuat kiriman wang kepada akaun sementara ‘pegawai polis’ berkenaan,” kongsinya.

Akibat daripada peristiwa itu, suami mengalami kerugian sebanyak RM 20,000 dalam sekelip mata.

“Dia amat sibuk di hospital dan kesibukan membuatkan dia serabut waktu itu. Selepas kejadian itu, kami hidup dengan wang yang dipinjam daripada ibu-bapa.

“Tak apalah, benda dah berlalu dan tiada guna untuk dikenang lagi. Pengajaran untuk kami agar berhati-hati selepas ini,” katanya.

Bangkit semula

Tahun 2019 membawa sinar dalam kehidupan Ecan selepas dia memulakan bisnes coklat di bawah jenama Chocodap’s.

“Big WHY saya adalah untuk membantu suami dan keluarga agar bebas dari masalah kewangan. Untuk dapatkan semula wang itu memang mustahil tetapi dengan usaha yang ada, mungkin saya dapat kumpul wang semula.

“Alhamdulillah meskipun bergelar suri rumah sepenuh masa, hasil jualan coklat yang diusahakan memuaskan dan dalam masa sama dapat membantu keluarga.

“Pendapatan diterima juga melebihi apa yang pernah saya dapat dahulu ketika masih makan gaji,” kongsinya.

Sementara itu, Ecan yang berada di peringkat King amat berbangga kerana setakat ini, jumlah jualannya melepasi enam angka.

“Jumlah jualan pada tahun lalu, RM 337, 572 dan saya juga berjaya mewujudkan mini office di rumah.

“Lebih menggembirakan, saya berjaya melahirkan lapan orang Komando setakat ini. Doakan agar perniagaan coklat saya terus maju di bawah jenama Chocodap’s,” katanya yang menerima komisyen berjumlah empat angka pada tahun lalu.

Mini office di kediaman Ecan

Comments

  • NadhirahJalal
    03/08/2021 at 6:24 PM

    Semoga terus maju Ecan, usaha yang gigih pasti berhasil dengan kemenangan. InshaAllah. I support u, I follow u, i wanna be like u

Add a comment